pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas. | Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia. | Istilah | 23.11.2022 |
Salam sejahtera kepada admin, saya mohon penjelasan mengenai makna/tafsiran perkataan berikut : 1. kebolehpasaran - marketability 2. kebolehkerjaan - workability 3. kebolehgajian - employbility Selain menerangkan perbezaan ketiga tiga istileh tersebut, mohon contoh dalam penggunaan ayat yang tepat. jika dikaitkan dengan kemahiran insaniah/softskills dan technical skills istilah mana yang paling tepat digunakan.. mohon pencerahan dalam laras bahasa ekonomi Sekian terima kasih. | 1. kebolehpasaran - marketability 2. kebolehkerjaan - workability 3. kebolehgajian - employability Ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana yang berkaitan dengan konteks ekonomi, sosial dan pendidikan. Walau bagaimanapun tidak ada maklumat rinci tentang ketiga-tiga perkataan yang tersebut. | Tatabahasa | 24.04.2015 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang sistem pernomboran dalam Minit Mesyuarat. Amalan sebahagian besar jabatan kerajaan ialah menggunakan sistem nombor 1, 2, 3 dan roman untuk setiap agenda yang berlainan (seperti lampiran). DBP juga melalui jawapan dalam Khidmat Bahasa menggunakan sistem yang sama. Walau bagaimanapun, ada jabatan kerajaan (JPN) yang mengarahkan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran mereka menggunakan sistem pernomboran yang berbeza dalam penulisan minit mesyuarat mereka. Menurut mereka amalan ini diambil berdasarkan Contoh Minit Mesyuarat dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 (dilampirkan). Adakah tafsiran mereka berkaitan contoh minit ini betul? Jika tafsiran itu salah, bagaimanakah salurannya untuk kita menjelaskan bahawa tafsiran sebenar tentang contoh minit tu tidak bertepatan dengan sistem pernomboran dalam penulisan minit mesyuarat? | Dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Selain itu, format minit mesyuarat ditentukan oleh jabatan/organisasi masing-masing. Hal ini disebut sebagai gaya penerbitan sesebuah jabatan/organisasi dan jabatan/organisasi tersebut boleh mengarahkan jabatan/bahagian/organisasi di bawahnya mengikut format yang sama. | Lain-lain | 16.04.2012 |
perkataan seerti dengan perkataan tumpang | Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai 6 tafsiran, iaitu: 1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung. 2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja. 3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara. 4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma. 5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb). 6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta. Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. | Istilah | 18.02.2009 |
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"? | Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. | Makna | 02.05.2008 |
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang? | Walaikummussalam, Saudara, 1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah menentukannya berdasarkan kehendak kajian. 2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik. sekian, terima kasih. | Sastera | 26.01.2011 |
1. peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Adakah perkataan ini merupakan perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikut kursus secara sambilan atau IPT hendak mengesahkan kursus sambilan. Pemahaman saya adalah perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikuti kursus secara sambilan. Mohon nasihatkan saya. | Kami berpandangan, kedua-dua ayat tersebut memberitahu akan kewujudan peraturan yang berkaitan, yang boleh dirujuk oleh pembaca atau pihak-pihak yang berkeperluan. Walau bagaimanapun, dalam hal yang berkaitan dengan pekeliling, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka membantu dari aspek teknikal ayat, manakala tafsiran yang persis dapatkan daripada pihak yang berwenang. | Lain-lain | 23.05.2023 |
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau | Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). | Tatabahasa | 23.04.2020 |
Saya difahamkan ungkapan "adalah" tidak boleh digunakan sebelum kata kerja. Namun demikian, saya sering mendapati dalam surat-menyurat khususnya daripada jabatan kerajaan, ayat-ayat berikut digunakan: (1) Memo tuan bertarikh 10.10.11 "adalah" [dirujuk]. (2) Dengan hormatnya, perkara di atas "adalah" [dirujuk]. (1) Perkara di atas "adalah" [berkaitan]. (1) Syarikat ABC "adalah" [tertakluk] kepada Terma dan syarat perjanjian. (2) Kontraktor "adalah" [terikat] kepada terma dan syarat di dalam Kontrak ini. (3) Tafsiran "adalah" [mengikut] fasal 12 Perjanjian ABC. Adakah penggunaan ungkapan "adalah" seperti di atas betul? Bolehkah ungkapan "adalah' digugurkan? Apakah ayat-ayat yang sebetulnya? | Seperti yang dimaklumi kata sendi "adalah" tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Oleh itu, ayat/frasa yang betul ialah "perkara di atas dirujuk" atau "Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas" dan "Perkara di atas berkaitan". Walau bagaimanapun terma undang-undang banyak menggunakan kata "adalah" + kata kerja seperti dalam ayat yang seterusnya. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). | 1. Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya. | Tatabahasa | 17.02.2011 |