Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa rasmi Filipina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tagalog


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk Tagalog">bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
apakah pengertian bahasa?Menurut Kamus Dewan bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): cth, bahasa Melayu, bahasa Tagalog.Makna06.08.2007
APAKAH MAKSUD BAHASA???

Saudara Suraya,

Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing  bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. 

Makna12.02.2010
Apakah definisi bahasa?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah
  • 1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
  • Makna28.06.2016
    1. Makna bahasa? 2. Hubungan bahasa dengan otak manusia?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah
  • 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
  • Lain-lain12.04.2010
    Untuk makluman Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan bekerjasama dengan Universiti of Santo Tomas, Philippines untuk menjayakan pertandingan ratu cantik yang bertemakan "Malaysia". Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk memberikan cadangan nama yang bersesuaian untuk pemenang. Kedutaan telah mencadangkan agar nama "Putera Kuala Lumpur" dan "Puteri Kuala Lumpur" digunakan namun penganjur memaklumkan penggunaan nama putera mempunyai interpretasi yang tidak sesuai dalam bahasa Tagalog (Saya dimaklumkan penggunaan "putera" mempunyai persamaan dengan panggilan anjing). Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mohon kerjasama untuk mendapatkan maklumbalas pada kadar SEGERA.Untuk makluman tuan, ratu dikhususkan kepada wanita kerana ratu bermaksud permaisuri atau pemenang wanita dalam pertandingan kecantikan. Oleh itu, cadangan nama "Puteri Kuala Lumpur" atau "Puteri Malaysia" boleh digunakan. Bagaimana dengan pemenang yang bergelar "Putera Kuala Lumpur"? Adakah dia pemenang pertandingan kecantikan bagi kategori lelaki? Bagi kategori lelaki, bolehlah digunakan gelaran "Pemuda Kuala Lumpur/Malaysia" atau "Jejaka Kuala Lumpur/Malaysia".Istilah11.09.2012
    maksud bagi morfologi,tatabahasa,bahasamorfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan;tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll dan bahasa ialah 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun;Makna27.07.2007

    Kembali ke atas