Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; penagih orang yg menagih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menagih berasa ingin atau gemar benar akan sesuatu; suka akan sesuatu kerana kebiasaan: ~ kopi. ke­tagih 1 rasa ingin benar akan sesuatu: Dia minum kopi sepuas-puasnya utk menghilangkan ~nya. 2 ingin atau suka benar akan sesuatu: Jika belum merokok, tak usahlah mencuba-cuba, nanti ~. ketagihan 1 dlm keadaan ketagih; menderita ketagih: Dia ~ dadah. 2 keadaan atau rasa ketagih akan sesuatu: Terlalu sukar utk mengatasi ~nya itu. penagihan perbuatan atau hal menagih. penagih orang yg menagih: ~ dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tagih
Kata Terbitan : menagih, tagihan, penagihan, penagih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013

Kembali ke atas