Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tagline


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TaglineSloganLain-lain16.03.2007
pihak kami ingin mendapatkan kepastian ejaan pada tagline majlis anjuran kami . TAGLINE adlah seperti berikut. " JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 " Terima Kasih Azmi Mohd Pekanmaya productionsKami cadangkan sedikit pembetulan, iaitu "JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA". Tatabahasa21.10.2010
Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. SloganTagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto.Makna22.11.2012
Assalamualaikum W.B.T satu program tari-menari kini sedang ditayangkan di TV sehingga bulan Jun 2013. dalam bentuk promosi 'tagline' ini digunakan " FENOMENA TARIAN SEDANG MELANDA" Adakah 'tagline' ini betul penggunaannya? sekian terima kasih"Tagline" tersebut boleh digunakan.Tatabahasa23.04.2013
Tuan/Puan, Tagline in Bahasa is "slogan kata"? Betul?Tagline ialah cogan kata atau slogan.

Makna19.06.2023
Suruhanjaya Tenaga mempunyai tagline Be Energy Smart. Boleh bantu kemukakan tagline terjemahan dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi slogan iklan Be Energy Smart ialah Jadilah Pengguna Elektrik yang Bijak.Makna15.03.2019
Adakah 'tagline' Bahasa Malaysia yang diberikan seperti lampiran di bawah, adalah refleksi terbaik untuk tagline dalam Bahasa Inggerisnya? Adakah translasinya tepat atau sesuai?Tukar "Kemungkinan tiada penghujung" kepada perkataan lain kerana maksudnya tidak jelas dan tidak difahami.Penyemakan dan penterjemahan05.12.2016
Saya ingin membuat pertanyaan jika tagline ini sesuai untuk digunakan - "Tetap Bersama Anda". Terima kasih atas bantuan saudara.

"Tagline" tersebut boleh digunakan tetapi bergantung pada produk atau perkhidmatan yang saudara tawarkan.

Lain-lain24.02.2010
Saya dari UNICEF (United Nation Children's Fund). Kami dalam proses menterjemah logo dan tagline kami ke bahasa Melayu. Tagline kami dalam Bahasa Inggeris adalah "For Every Child". Kami ingin menterjemahnya ke "Untuk Semua Anak" kerana Kanak-kanak agak panjang. Adakah terjemahan "Untuk Semua Anak" betul atau patutkah kami gunakan sahaja "Untuk Semua Kanak-kanak". Terima kasih,Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah untuk setiap kanak-kanakLain-lain26.07.2019
Assalamualaikum Tuan / Puan, saya ingin membuat pertanyaan mengenai "tagline" kempen pengiklanan kami sedang cadangkan ke pihak pelanggan kami Coway. Kami ingin membuat pertanyaan sama ada 3 pilihan "tagline" di bawah bahasanya betul dan boleh diguna untuk pengiklanan. • Option 1: Lembaran Baru Lebaran • Option 2: Biasakan Yang Betul • Option 3: Hari Raya Biar Betul Maklumbalas dari pihak Tuan/ Puan dalam masa terdekat amat dihargai. Terima Kasih

Berikut cadangan daripada pihak kami:

  1.  Lembaran Baru Lebaran.
  2. Biasakan yang Betu.l (perkataan “yang” dieja dengan huruf kecil)
  3. Hari Raya, Pasti Jadi.

Lain-lain13.02.2023
1234

Kembali ke atas