Salam, Adakah perbezaan antara penggunaan -lah dengan -nya sebagai partikel? Maksudnya adakah maksud "syukurlah" sama dengan "syukurnya"? Mohon berikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. Manakala "nya" ialah kata ganti nama diri ketiga. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih. | 1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. 2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.
| Tatabahasa | 07.01.2014 |