| PERMOHONAN UNTUK MENYEMAK PERKATAAN 'PETRONAS' KE TULISAN JAWI SERTA JENISNYA (UTHMAN TAHA FONT) | Ejaan tersebut betul: PETRONAS = ڤيترونس | Ejaan | 12.11.2019 |
| 1. Permohonan untuk pihak DBP menukarkan perkataaan "SETEL & MENANG' ke tulisan Jawi dan menggunakan font Uthman Taha atau Sakkal Majalla atau Arabic Style. | Tulisan jawi bagi perkataan SETEL DAN MENANG ialah سيتيل دان منڠ (fon tulisan ini ialah Arabic Style). | Ejaan | 06.02.2020 |
| assalamualaikum tuan, pertanyaan saya adalah: 1)permohonan untuk menyemak perkataan 'KEDAI SERBANEKA' kepada tulisan jawi. 2)permohonan untuk menyemak font (UTHMAN TAHA) yang digunakan. SEKIAN, TERIMA KASIH | Tulisan Jawi untuk "KEDAI SERBANEKA" ialah کداي سربانيک | Lain-lain | 14.11.2019 |
| 1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil? | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul. 1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk. 2) Buah rambutan itu masih muda. 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
| Salam sejahtera, manakah yang lebih tepat dari segi tatabahasa: 1. Kalimah Allah 2. Kalimat Allah | Salam sejahtera, Perkataan kalimat ditakrifkan sebagai "kata-kata yg disusun utk menyampaikan maksud, memberikan perintah atau membuat pertanyaan". Antara contoh penggunaannya: - “Kau bantu aku di kebun.” Kalimat Pak Taha itu masih terngiang-ngiang di telinganya. - Kalimat akhir dari perempuan India itu menimbulkan satu pertanyaan. - Dalam hatinya terselit harapan agar kalimat anak muda itu kelak akan menjadi kenyataan. - Terdapat juga kalimat asing yang telah digunakan dengan mantap di kalangan petugas perbukuan. Maksud perkataan kalimah pula ialah "kata atau kata-kata yg tersusun dan berhubungan antara satu dengan yang lain dan mengandungi makna'. Berdasarkan korpus, kalimah banyak berkolokasi dengan Allah, syahadah/syahadat, Allahuakbar, Bismillah, Subhanallah dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan yang lebih tepat ialah kalimah Allah. | Makna | 19.08.2025 |