Pengertian: 1.prima facie 2.bonafide 3.malafide 4.habeas courpus 5.alibi | Pengertian: 1.prima facie –jelas sendiri 2. bonafide – asli, ikhlas, 3.malafide - berkaitan dgn sesuatu tindakan atau keputusan yg berdasarkan niat yg buruk. 4. habeas courpus -(habéas korpus) perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dilepaskan drpd tahanan yg tidak mengikut undang-undang ~.5. alibi-bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: saksi alibi-saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa ketika dituduh, ia tidak mempunyai alibi. | Makna | 25.07.2011 |
1) Apakah perbezaan antara imbuhan meN dan imbuhan beR?- kedua-dua imbuhan ini menunjukkan perbuatan. 2) Bagaimanakah kita boleh menentukan penggunaan imbuhan meN atau imbuhan beR bagi suatu kata kerja? Contohnya perkataan 'lari'. Mengapakah kita gunakan imbuhan beR yang menerbitkan perkataan 'berlari'? Mengapakah kita tidak menggunakan meN yang menerbitkan 'melari'? | Saudara Mirza, Imbuhan meN...kan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek,manakala imbuhan beR...kan membentuk kata kerja tak transitif. Cara menggunakannya bergantung pada ayat yang dibina. Perkataan 'lari' boleh menerima imbuhan beR... atau meN... . Contoh: Mereka melarikan diri daripada tahanan. Mereka mengejar kuda yang sedang berlari di padang. Penjelasan lanjut tentang aspek ini terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191-201. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
salam sejahttera DBP, saya ingin khidmat nasihat daripada DBP dalam menyelesaikan masalah saya. disertakan masalah saya pada lampiran. | 1. Antara cara untuk mencegah pertambahan berat badan termasuklah makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. - Ayat ini yang gramatis kerana cara mencegah pertambahan berat badan ialah makan lebih banyak sayur. 2. Penjenayah yang amat dikehendaki itu tidak dapat lepas daripada kawalan polis. Ayat ini betul kerana antara makna lepas termasuklah lari atau bebas (daripada kurungan, penjara, tahanan, dan sebagainya). | Tatabahasa | 28.07.2011 |
Adakah perkataan "kart beli-belah" boleh digunakan bagi terjemahan perkataan bahasa Inggeris "shopping cart"? Ini kerana istilah sasar untuk perkataan "cart" ialah "kart". Terima kasih. | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah cart ditakrifkan seperti yang berikut selain kart (dalam bidang umum). - n 1. vehicle pulled by a horse, cattle, etc, pedati; 2. small usu wooden vehicle pushed or pulled along by hand, kereta sorong;
vt 1. convey in a cart, /membawa, mengangkut/ [sst] dgn pedati: to ~ the firewood home, membawa pulang kayu api ke rumah dgn pedati; 2. convey laboriously from place to place, mengangkut: I m tired of ~ing these books, saya bosan mengangkut buku-buku ini; ~ /so., st/ offmengangkut: to ~ off the rubbish, mengangkut sampah-sarap; to ~ off the prisoners to jail, mengangkut orang-orang tahanan ke penjara. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah istilah ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Istilah | 14.12.2010 |