syirik, tahyul,khurafat | Menurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul. | Makna | 02.10.2007 |
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi. Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Salam. Adakah ayat ini betul? " Dia menskrol telefon bimbitnya." dan apakah beza tahyul dan fantasi? terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "menskrol" dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan menatal (bidang Komputer) yang bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "tahayul' dan "fantasi" adalah seperti yang berikut: tahayul 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan 2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada) fantasi 1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan 2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan 3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya)
| Istilah | 24.12.2015 |