Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut : 1. seperti belut pulang ke lumpur 2. air susu dibalas dengan air tuba | Peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut ialah 1. seperti belut pulang ke lumpur = seperti burung gagak pulang ke benua. 2. air susu dibalas dengan air tuba = campak bunga dibalas dengan campak tahi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain. | Lain-lain | 01.09.2010 |
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja. | Puan, Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak. Kepada: kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada: kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
| Istilah | 22.08.2011 |