Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Orang India menyambut hari Deepavali. 2. Orang India menyambut Hari Deepavali. Saya ingin tahu ayat 1 atau ayat 2 yang betul? hari Deepavali atau Hari Deepavali dalam ayat tersebut mana yang betul? Sekian, terima kasih. Foo SianEjaan yang betul ialah Orang India menyambut Hari Deepavali.Tatabahasa09.08.2012
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

Encik Ishak,

Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

1  (a).  Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu mengandungi maklumat yang rahsia. 

1  (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 

2.   C. sehingga anak cucu

     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
1) Saya keliru tentang penggunaan nombor dari 1 hingga 10. Sebelum ini saya tahu nombor 1 hingga sepuluh perlu ditulis iaitu 1 menjadi "satu"..Betul ke? 2) Adakah nombor 1 hingga 10 yang terdapat pada tarikh misalnya "3 Ogos 2007" juga perlu ditulis seperti "tiga Ogos 2007" ? Minta pihak tuan jelaskan.Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) hendaklah dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. Dari nombor 10 ke atas hendaklah ditulis menggunakan angka. Penulisan tarikh hendaklah menggunakan angka,iaitu 3 Ogos 2008.Lain-lain16.06.2008
Asalamualaikum DBP. apakah kategori perkataan 'tahu'? saya rujuk dalam Tatabahasa Dewan tentang 'tahu', katanya 'tahu' ialah kata kerja. Tetapi dalam ayat di bawah, susunan perkataan 'tahu' adalah betul iaitu di depan kata kerja 'bercakap'. Tetapi apa yang saya tahu, dalam 1 ayat tidak boleh ada 2 kata kerja. Jadi tolong terangkan apakah golongan kata 'tahu' tersebut. 'saya tahu bercakap bahasa Melayu'.Berdasarkan rujukan kami,  perkataan tahu merupakan kata kerja.Tatabahasa10.11.2017
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula.

Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar.

Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat.    

Makna10.01.2008
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih.Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan  kata  hubung pancangan keterangan.Tatabahasa24.06.2013
1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul?1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa05.06.2010
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"?

1. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

a. Ali memberi kucing makan. 

b. Ali memberikan makanan kepada kucing.


2. Kedua-duanya boleh digunakan. Lazimnya menggunakan mari menyanyi.

Tatabahasa11.09.2017
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"?

1. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, contohnya, Ali memberi adiknya sebuah buku cerita dan Ketua kumpulan akan  memberikan taklimat kepada peserta perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.1">

2. Bernyanyi dan menyanyi membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat, 'Kami mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi.' adalah betul.

Tatabahasa06.09.2017
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas