Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun baharu

Peribahasa

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah DBP menukar "Tahun Baru Cina" kepada "Tahun Baharu Cina" yang wajib digunakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina? Maksud saya menggalakkan rakyat menggunakan perkataan "baharu" dalam "Tahun Baharu Cina" kerana "baharu" barulah bermaksud benda yang tidak pernah dijumpai. "Tahun Baharu Cina" di sini bermaksud tahun yang belum dilalui dan akan dilalui oleh kaum Cina. Oleh itu kaum Cina meraikan perayaan Tahun Baharu Cina ini. Tolong titikberatkan isu ini. Terima kasih.Kami menerima kedua-dua frasa tersebut kerana dalam konteks umum baru sama maksudnya dengan baharu. Hal ini berbeza dengan wacana bahasa, iaitu konteks khusus dalam bidang bahasa yang terikat dengan rumus tatabahasa.Tatabahasa25.05.2014
Yang Yang Oct 6th, 4:33pm Boleh tanya tentang perkataan ini : selamat tahun baru cina dan tahun baru sudah sudah di tukar kepada selamat tahun Baharu Tahun Cina, Tahun Baharu?Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.Istilah06.10.2015
Penggunaan perkataan baru pada Tahun Baru atau Tahun Baharu. Terima kasih.Penggunaan perkataan baru pada Tahun Baru atau Tahun Baharu. Terima kasih.
Kedua-dua frasa "Tahun Baru" dan "Tahun Baharu" digunakan kerana dianggap varian ejaan iaitu kedua-dua baharu dan baru boleh merujuk new dalam bahasa Inggeris.
Tatabahasa31.12.2013
EJAAN BAGI UCAPAN "SELAMAT TAHUN BAHARU 2018" ADAKAH BETUL?"SELAMAT TAHUN BAHARU 2018" - ejaan ini betul.Ejaan03.01.2018
Cikgu, frasa sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) barulah betul mengikut tatabahasa? Contoh: sempena Tahun Baharu Cina atau bersempena dengan Tahun Baharu Cina?

Mengikut buku Kamus Dewan, sempena ialah tuah, berkat manakala bersempena bermaksud mengambil sempena (dengan), mengambil berkat, mengambil tuah.

 Kedua-dua frasa yang ditanya betul mengikut konteks ayat yang ingin disampaikan.

Tatabahasa28.05.2014
diminta ejaan jawi untuk : SELAMAT TAHUN BAHARU CINAEjaan teks Jawi SELAMAT TAHUN BAHARU CINA -  سلامت تاهون بهارو چينا    Ejaan19.01.2020
Pertanyaan adalah : Tahun baru 2020 atau tahun BAHARU 2020?Kedua-dua frasa Tahun Baharu 2020 dan Tahun Baru 2020 boleh digunakan.Ejaan11.12.2019
Mohon penjelasan. Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina. Istilah yang mana digunakan kini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, rangkai kata yang tepat mengikut tatabahasa ialah Tahun Baharu Cina.Lain-lain24.02.2020
Salam sejahtera tuan, adakah kedua-dua ungkapan Tahun Baru Cina dan Tahun Baharu Cina betul?Kedua-dua ungkapan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ungkapan yang lebih tepat  ialah Tahun Baharu Cina.Tatabahasa05.07.2021
Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina.... yang mana betulPerkataan baru dan baharu kedua-duanya diterima sebagai varian, walau bagaimanapun ungkapan yang tepat dari segi tatabahasa ialah "Tahun Baharu Cina".Tatabahasa22.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas