Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya. | Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya. | Tatabahasa | 03.03.2014 |
Yang manakah yang betul penggunaannya? 1) Rancangan Pelajaran Tahunan, 2) Rancangan pelajaran tahunan, 3) Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. 4) Rancangan pelajaran tahunan bagi Bahasa Malysia. | Sebagai nama khas yang betul ialah Rancangan Pelajaran Tahunan. 2. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia | Ejaan | 24.10.2008 |
Salam.. Mohon penjelasan penggunaan perkataan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Tahunan sahaja yang betul.? Dan Di mana sesuainya kedua-dua perkataan tersebut.. Betulkah Mesyuarat Agung Tahunan ini mesti ada agenda seperti (contoh) : Ucapan Pengerusi Pembentangan aktiviti Pembentangan kewangan Pemilihan JK Dan lain-lain Manakala Mesyuarat Tahunan itu tiada agenda khusus, sebagai contoh...Mesyuarat Tahunan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura. | Mesyuarat Agung lazimnya dilaksanakan dalam pertubuhan atau persatuan seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat antara negara lazimnya disebut mesyuarat tahunan seperti Mesyuarat Tahunan Malaysia - Singapura. | Lain-lain | 28.02.2020 |
bagaimana menentukan hukum D-M yang betul dalam frasa berikut? - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 PETRONAS - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Kali Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 PETRONAS | Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 | Tatabahasa | 09.09.2014 |
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6. | 1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. 4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka. 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP. 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ... 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
Ayat manakah yang betul? i) Olahragawan tahunan jatuh pada Ali. ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali. | Ayat yang betul ialah ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali. | Tatabahasa | 24.09.2013 |
Salam. Mohon bertanya, yang mana satu betul? 1) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama 2) Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Terima kasih. | Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. (Nombor satu hingga sembilan perlu dieja) manakala angka 10 dan seterusnya dalam tulisan nombor. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
Assalamualaikum. Soalan saya berkenaan penterjemahan. 'Integrated Annual Report 2016' telah diterjemahkan sebagai 'Laporan Integrasi Tahunan 2016', sedangkan bagi saya ia harus diterjemahkan sebagai 'Laporan Tahunan Bersepadu 2016'. Pada pendapat Munsyi adakah terjemahan 'Laporan Integrasi Tahunan 2016' menepati maknanya dalam bahasa Inggeris? Ia adalah buku laporan berkenaan prestasi sebuah badan korporat sepanjang tahun berkaitan. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Laporan Tahunan Bersepadu 2016. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2018 |
Salam. Mohon pandangan tentang penggunaan singkatan LNPT yang merujuk kepada (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan) seperti mana terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Lampiran A2. Melalui rujukan pekeliling yang sama terdapat juga singkatan SKT yang merujuk kepada (Sasaran Kerja Tahunan). Sehubungan dengan itu di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Lampiran A3 iaitu Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terdapat pula istilah "Perancangan Kerja Tahunan" yang tidak mempunyai sebarang singkatan. Mohon pandangan lanjut daripada pihak DBP, adakah singkatan RKT boleh digunakan untuk (Perancangan Kerja Tahunan). Sekian, terima kasih. | Sepertimana singkatan untuk Sasaran Kerja Tahunan diringkaskan kepada SKT, Perancangan Kerja Tahunan juga boleh diringkaskan kepada PKT. Lazimnya singkatan menggunakan huruf pertama pada setiap perkataan, kecuali ringkasan frasa tersebut telah dipopularkan menjadi RKT. | Tatabahasa | 20.01.2017 |
Tuan, Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan ayat yang betul. Soalan 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-57 MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA atau MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA KE-57 Soalan 2 kata-kata aluan atau kata alu-aluan Terima kasih di atas perhatian tuan. | 1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA KE-57 2. Frasa yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 22.04.2016 |