Yang manakah yang betul penggunaannya? 1) Rancangan Pelajaran Tahunan, 2) Rancangan pelajaran tahunan, 3) Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. 4) Rancangan pelajaran tahunan bagi Bahasa Malysia. | Sebagai nama khas yang betul ialah Rancangan Pelajaran Tahunan. 2. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia | Ejaan | 24.10.2008 |
"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat bahawa ianya tidak melebihi 15 bulan boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. " Apakah maksud ayat di atas ? Adakah ianya membawa maksud : 1) BOLEH terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. 2) TIDAK BOLEH terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. JAWAPAN : | Maksud ayat tersebut ialah mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan setiap tahun dengan tidak melebihi 15 bulan daripada tarikh mesyuarat terakhir diadakan. Oleh yang demikian, ayat “Boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya, selagi mesyuarat agung tersebut tidak melebihi 15 bulan.” mencapai makna, seperti yang dinyatakan di atas. Penerangan ini berdasarkan takrifan dan pemahaman umum dan tiada kaitan dengan mana-mana bidang ilmu. | Tatabahasa | 28.05.2025 |
"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat bahawa ianya tidak melebihi 15 bulan boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. " Soalan : dalam ayat di atas adalah ianya membawa maksud 1) boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya 2) tidak boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya Harap dapat penjelasan. Terima kasih | Dalam ayat di atas, “ianya” merujuk pada mesyuarat agung tahunan. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut, supaya lebih jelas: "Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat tidak melebihi 15 bulan antara tarikh satu mesyuarat dengan tarikh mesyuarat yang berikutnya." Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 hingga 575. | Lain-lain | 23.05.2025 |
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6. | 1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. 4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka. 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP. 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ... 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
Bolekah ditulis ke-1 bagi maksud pertama, contohnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1? | Bentuk penulisan yang betul ialah "Mesyuarat Agung Tahunan". Lazimnya, majlis atau mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya, seperti "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2”, "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 30.04.2025 |
Salam. Mohon bertanya, yang mana satu betul? 1) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama 2) Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Terima kasih. | Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. (Nombor satu hingga sembilan perlu dieja) manakala angka 10 dan seterusnya dalam tulisan nombor. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
Sukan Tahunan Kali Ke-1 . Ayat ini betul atau salah . Ke -1 boleh guna atau tidak untuk ayat ini ? | Bentuk penulisan yang betul ialah “Sukan Tahunan”. Lazimnya, program atau aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan program yang berikutnya, seperti "Sukan Tahunan Kali Ke-2”, "Sukan Tahunan Kali Kedua” dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
Tuan, Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan ayat yang betul. Soalan 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-57 MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA atau MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA KE-57 Soalan 2 kata-kata aluan atau kata alu-aluan Terima kasih di atas perhatian tuan. | 1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA KE-57 2. Frasa yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 22.04.2016 |
1. Dua orang guru yang terlibat dalam aktiviti ini. (Adakah ayat ini tergantung?) 2. Murid ini melampau aktif. (perkataan 'melampau' boleh digunakan ataupun perlu ditukar kepada 'terlampau?) 3. Guru telah menyediakan rancangan pelajaran tahunan atau Rancangan Pelajaran Tahunan? 4. Murid A memperoleh 70 markah. Murid B memperoleh 72 markah. Kedua-dua orang murid ini.....(Bolehkah saya gunakan 'ini' atau perlu ditukar kepada '...murid tersebut'?) 5. Guru mengajarkan ilmu Matematik kepada murid. (Betulkah penggunaan kata kerja 'mengajarkan' di dalam ayat ini?) 6. 'dalam kalangan' atau 'di kalangan' yang betul atau lebih sesuai digunakan? | 1. Ayat tak lengkap. 2. Perlu ditukar menjadi - Murid ini terlampau aktif 3. Guru telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. 4. Perlu ditukar menjadi - kedua-dua orang murid tersebut. 5. Penggunaan mengajarkan dalam ayat tersebut adalah betul. 6. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
Apakah maksud bahan almanak dan direktori? | Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum. 2. Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera. | Makna | 19.06.2009 |