Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahunnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'benarkah', 'bolehkah', 'dapatkah' tergolong dalam kategori kata tanya?Partikel 'kah' merupakan partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya/utk menyatakan pertanyaan: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?. Oleh itu, kesemua kata tersebut tergolong dalam kata tanya.Lain-lain15.11.2010
ayat tanya yang meliputi partikel -kah dan -lah..apa fungsinya.. terima kasih

Partikel lah  digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contohnya, Makanlah kuih itu. Partikel kah pula merupakan penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Contohnya, Bukankah hari ini hari ulang tahunnya?

Tatabahasa31.03.2010
Saya faham tarikh bagi bulan yang sama tidak perlu diulang. Jadi, bagaimana penulisan tarikh di dalam surat bagi bulan yang berbeza ? Pilihan seperti yang berikut: 1. 30 Jun 2025 hingga 4 Julai 2025 2. 30 Jun hingga 4 Julai 2025

Pada kelazimannya, tarikh pada tahun yang sama tidak perlu diulang tahunnya. Contohnya, 30 Jun hingga 4 Julai 2025 atau 30 Jun - 4 Julai 2025

Tatabahasa09.06.2025
Salam mohon beri jawapan yang betul berserta rumus-rumusnya. a. Skema pemarkahan atau skema permarkahan b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betula. Skema pemarkahan atau skema permarkahan
  Skema pemarkahan.-tepat

Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut. sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betul 
Yang manakah satu yang betul- tepat

mana-merupakan kata tanya dan disertai dengan partikel -kah.
-kah- partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?
Tatabahasa28.08.2012

Kembali ke atas