Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : c. (of rainy season) semakin berkurang; (of a spell of rain) semakin reda: normally the rains ~ off in February, biasanya hujan semakin berkurang dlm bulan Februari; the rain began to ~ off by midday, hujan semakin reda (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, a. see ~ away; b. (of effort, interest, figures, etc) semakin berkurang: enthuasiasm for the subject ~ed off after the first few weeks, keghairahan thdp mata pelajaran itu semakin berkurang selepas beberapa mi (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~back, berekor-ekor: traffic ~ed back for miles as a result of the landslide, lalu lintas itu berekor-ekor berbatu-batu panjangnya krn kejadian tanah runtuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~away, (of voice) menjadi semakin perlahan: our voices ~ed away as the nurse walked in, suara kami menjadi semakin perlahan apabila jururawat itu melangkah masuk; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. remove stalk of fruit, etc, membuang /tangkai, ekor/: she asked the children to ~ the green beans, dia menyuruh budak-budak itu membuang tangkai kacang hijau. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1.(colloq) follow closely, mengekori: he felt he was being ~ed, dia rasa dia sedang diekori; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : turn ~, cabut lari: his attackers turned ~ when they heard the police siren, penyerang-penyerangnya cabut lari apabila mendengar siren polis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : (sit) on o’s ~, terlalu dekat mengekori sso: he has been sitting on my ~ for the last 20 miles,sejauh 20 batu terakhir dia terlalu dekat mengekori saya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : put a ~ on so., menugasi sso mengekori sso: we’ve put ~s on all the members of the gang, kami telah menugasi polis mengekori semua ahli geng itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : have o’s ~ between o’s legs, berasa hampa dan kecewa: he came back after the interview with his ~ between his legs, dia pulang dgn berasa hampa dan kecewa selepas temu duga itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. (in pl) man’s formal jacket kot bajang: the men wore white tie and ~s, orang lelaki memakai tali leher putih dan kot bajang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (usu in pl) side of a coin opposite the head, ekor: what will you call? heads or ~s, kamu hendak apa? kepala atau ekor; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. (colloq) so. who follows and keeps watch on another, orang yg mengekori; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. extension at rear end of the body of an animal, bird, etc, ekor: the dog was wagging its ~, anjing itu menggoyang-goyangkan ekornya; a scorpion has its sting in its ~, kala ada sengat pd ekornya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. st resembling a tail, ekor; (of shirt, coat) hujung: a comet’s ~, ekor komet; the ~ of a kite, ekor layang-layang; the ~ of the procession is passing the clock tower, ekor perarakan itu sedang lalu di depan (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tail


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk terminologi Short Tail Claims for Direct Insurance. Short tail dalam konteks ini bermaksud 'Classes of insurance business involving coverage for risks where claims are usually known and settled within 12 months.' Diharap mendapat cadangan terjemahan untuk short tail claims. Terima kasihTerjemahan yang boleh dicadangkan ialah "Penyelesaian Tuntutan Segera bagi Insurans Langsung".Penyemakan dan penterjemahan27.07.2015
Apakah terjemahan untuk fat-tail distribution?Terjemahan bagi fat-tail distribution ialah taburan hujung berisiko.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2022
Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih.Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2015
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya."1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan.Istilah28.05.2013
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih.Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan.Tatabahasa14.03.2013
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019
Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut:

Pengelasan Virus Baltimore:
  1. Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
  2. Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
  3. Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
  4. Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
  5. Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
  6. Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik

Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian.
Istilah04.04.2020

Kembali ke atas