Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera.1Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis).
2.  Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali.
Tatabahasa20.05.2014
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih.Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba.Ejaan11.06.2012
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu?Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. Lain-lain20.03.2008
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010
Selamat sejahtera, Apakah kesalahan bagi ayat-ayat di bawah : 1. Tembakan yang tajam itu mengena pada penjahat. 2. Atap rumah penduduk kampung itu tanggal ketika angin kencang pagi tadi. 3. Ketawa Ali tajam sekali. Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:1">

  1. Tembakan itu tepat mengenai penjahat.1">
  2. Atap rumah penduduk kampung itu tercabut ketika angin kencang pagi tadi.1">
  3. Penggunaan kata ‘tajam’ dengan ‘ketawa’ tidak mempunyai hubungan makna. 1">
Tatabahasa13.01.2015
Salam sejahtera ! 1. Tangan Jeff luka akibat terkena barang yang tajam ketika membelah kelapa. Soalan ; Adakah ayat di atas betul ? Terima kasih.Dari aspek tatabahasa, ayat ini betul. Dari aspek makna perkataan “barang” yang tajam kurang tepat dan boleh digantikan dengan “parang”.Tatabahasa12.03.2014
Adakah ranjau sama erti dengan periuk api? Jika ya, adakah ranjau padanan sesuai untuk 'landmine'/'mine'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ranjau ialah
1. Benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yg dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang.
2. Sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut).
3. Sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang atau tipu daya.

Manakala maksud land mine pula ialah bermaksud ranjau letupan darat dan maksud mine pula ialah lombong atau periuk api
Makna23.10.2018
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :)Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut:
1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam.

2)Boleh ditanggalkan. 

3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan.
 
4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi.
Makna18.10.2018
1. perkataan tertusuk dan tertikam a. Tayar kereta itu pancit kerana _____ sebatang paku yang tajam. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 2. Walaupun dan semenjak a. ______ hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 3. Siapakah yang selalu datang awal ke sekolah? a. Kami tidak tahu siapa yang selalu datang awal ke sekolah. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? ) 4. "Abang, saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah," kata Rajesh kepada abangnya. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. b. Abang Rajesh diberitahu oleh adiknya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? )

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Tayar kereta itu pancit kerana tertusuk sebatang paku yang tajam.

2.  Walaupun hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

3. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah.

4. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya.

Tatabahasa14.05.2014
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah??Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air.Tatabahasa23.11.2012
123

Kembali ke atas