| Adakag frasa "tak lain tak bukan" itu gramatis digunakan? Kalau ya, maka mohon jasa DBP memberikan contoh ayat. | Frasa yang betul ialah “tak lain dan tak bukan” Hasrat kita tak lain dan tak bukan adalah untuk memastikan kemakmuran negara berkekalan. | Lain-lain | 30.04.2023 |
| Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, manakah penggunaan peribahasa yang betul? 1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ATAU 2. Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua (Abdullah Hussain), ungkapan yang betul ialah: 1. tak lapuk di hujan, tak lekang di panas 2. tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.04.2019 |
| Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cinta | Yang betul ialah a. tak kenal maka tak cinta | Tatabahasa | 01.02.2012 |
| Apakah persamaan atau perbezaan bagi perkataan "tak terkira" dan "tak terhingga". Adakah kedua-dua perkataan ini boleh membawa maksud terlalu banyak? Adakah salah satu perkataan ini mempunyai makna yang serupa? Terima kasih. | Frasa "tak terkira" dan "tak terhingga" membawa maksud yang sama iaitu terlalu banyak. | Makna | 27.08.2024 |
| kadang-kadang saya keliru bagi menentukan frasa kerja untuk kata kerja tak transitif. boleh tak beri saya tips unutk mengenalpasti FK tak transitif? | Kata kerja tak tarnsitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya, seperti dalam ayat Ayah tersenyum. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, seperti dalam contoh ayat: Mereka tidak berbuat jahat - unsur pelengkap ini bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan; sementara yang lain pula tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Saudara perlu merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88 dan 387. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
| Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. 1) Adakah 'bersukan' dan 'bersenam' merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap? 2) Adakah 'melibatkan diri' dan 'memainkan peranan' dimasukkan dalam golongan kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja transitif? 3) Adakah 'atau', 'dan', 'yang', 'untuk', 'daripada', 'kepada' & 'akan' merupakan kata tugas? 4) Adakah perkataan 'profesional' merupakan kata adjektif? Terima kasih. | Sila rujuk pada lampiran yang disertakan. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2019 |
| Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ?? | Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
| 'Tak lagi mampu kupaksa.../ Tak mampu lagi kupaksa...' yang mana lebih tepat | Ayat yang yang betul ialah "Tak mampu lagi kupaksa" | Tatabahasa | 28.06.2022 |
| Kata kerja tak transitif ialah kata yang lengkap tanpa perlu objek dan boleh dipasifkan. Saya keliru dengan perkataan menyanyi, menari, tidur. Kebanyakan carian saya jumpa mengatakan perkataan ini ialah kata kerja tak transitif. Tetapi jika dijadikan ayat, tiga-tiga perkataan ini boleh dipasifkan. Lagu itu dinyanyikan oleh kakak Pesakit itu telah ditidurkan oleh doktor kerana komplikasi. Jadi sebetulnya, ketiga-tiga perkataan itu kata kerja transitif atau tak transitif ya? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Untuk perkataan menyanyi, menari dan tidur, ia tergolong dalam “kata kerja tak transitif tak berpelengkap”. | Lain-lain | 16.11.2022 |
| Pohon nasihat berhubung terjemahan bahasa melayu bagi perkataan "undivided interest". semakan mendapati dalam kamus BM menyebut ianya sebagai "kepentingan tak bahagi". Perkataan "tak" dilihat kurang sesuai bagi maksud teks ketetapan umum dan teks rasmi. Adakah lebih sesuai disebut "kepentingan tidak terbahagi". Sekiranya sesuai, maka daftar istilah bahasa melayu dalam PRPM perlu diubah. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah undivided interest ialah kepentingan tak bahagi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. Penggunaan "tak" bagi menggantikan "tidak" adalah tepat dan boleh digunakan selaras dengan syarat pembentukan istilah yang harus bersifat ringkas. Contoh padanan istilah lain yang menggunakan "tak" ialah "tak langsung" bagi "indirect", "tak tekal" bagi "inconsistent" dan "tak lengkap" bagi "incomplete". | Istilah | 11.05.2026 |