Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungĀ­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, manakah penggunaan peribahasa yang betul? 1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ATAU 2. Tak lapuk di hujan, tak lekang di panasSalam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua (Abdullah Hussain), ungkapan yang betul ialah:

1. tak lapuk di hujan, tak lekang di panas

2. tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan

Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.04.2019
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. 1) Adakah 'bersukan' dan 'bersenam' merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap? 2) Adakah 'melibatkan diri' dan 'memainkan peranan' dimasukkan dalam golongan kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja transitif? 3) Adakah 'atau', 'dan', 'yang', 'untuk', 'daripada', 'kepada' & 'akan' merupakan kata tugas? 4) Adakah perkataan 'profesional' merupakan kata adjektif? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiran yang disertakan. Terima kasih.Tatabahasa04.03.2019
Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ??Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif.Tatabahasa24.03.2012
kadang-kadang saya keliru bagi menentukan frasa kerja untuk kata kerja tak transitif. boleh tak beri saya tips unutk mengenalpasti FK tak transitif?

Kata kerja tak tarnsitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya, seperti dalam ayat Ayah tersenyum. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, seperti dalam contoh ayat: Mereka tidak berbuat jahat - unsur pelengkap ini bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan; sementara yang lain pula tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Saudara perlu merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88 dan 387.

Tatabahasa24.03.2011
Hi, Saya nak tanya sama ada banner ini boleh di lulus tak? Kalau tak boleh tolong stated out kenapa x boleh? Thanks.Pembetulan: Tertakluk pada terma dan syarat. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa29.06.2015
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cintaYang betul ialah a.  tak kenal maka tak cintaTatabahasa01.02.2012
Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih!Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlahEjaan24.07.2020
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata nama am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Dalam buku teks DBP tahun 5, kata nama am tak hidup bukan institusi seperti rumah, padang, sungai. Boleh tak terangkan bagaimana nak mengajar murid tahun 5 untuk membezakan contoh antara bukan institusi dengan institusi? Sangat mengelirukan. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisis Sekolah Rendah, kata nama tak hidup binstitusi merujuk perbadanan, organisasi dan pertubuhan seperti sekolah, kementerian dan yayasan; manakala kata nama am tak hidup bukan institusi diberikan contoh, iaitu computer, teori, bantuan dan rumah.Tatabahasa24.01.2015
saya tak dapat membuat permohonan baru sebab tak ada catergory hantar permohonan atas login saya. Tak dapat saya cari telp. untuk hubungkan pihak Tuan ??

Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, Sebarang masalah berkaitan sistem tuan boleh hubungi Bahagian Penguatkuasaan di talian telefon 03-21479691/03-21479400.

Lain-lain22.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas