Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
Apakah ejaan sebenar untuk ungkapan 'pot pet/pok pek' yang sering digunakan untuk menyatakan perbuatan seseorang yang bercakap panjang berjela tetapi tiada makna. Contoh 'Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berpot pet/ berpok pek sahaja tanpa berhenti. Boleh belajar untuk diam tak?' | Untuk makluman tuan, tiada ada perkataan pot pet/pok pek dalam bahasa Melayu baku. Perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "berleter". Contoh: "Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berleter sahaja. Boleh belajar untuk diam tak?. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan, maksud berleter ialah bercakap-cakap dgn. tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.
| Tatabahasa | 06.10.2018 |