Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ka.ful] | تکافل

Definisi : Ar insurans yg didasarkan pd atau yg mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takaful


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yasmin Takaful Ikhlas WED 16:03 Yasmin Takaful Ikhlas Yasmin As salam.. Mcm mana nk oder buku DBP?Untuk mendapatkan buku yang tuan/puan inginkan, boleh hubungi pihak Ujana Buku DBP di Kompleks DBP Hulu Kelang melalui talian +60 3-4101 2328 atau Koperasi DBP melalui talian +603-2145 5501. Tuan/puan juga boleh membeli melalui portal DBPNiaga.my. Sekian terima kasihLain-lain18.01.2017
Asslamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)? Terima kasih.Salam sejahtera,

Cadangan ialah Takaful bertempoh gadai janji berkurang. Hal ini seperti yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan20.09.2019
Qamariah Agency Wakil Takaful KeluargaSila kemukakan pertanyaan anda dengan jelas.Lain-lain22.09.2014
mengapa ejaan Ehsan di dalam Selangor Darul Ehsan dibenarkan? dan bukan dieja sebagai Ihsan? Jika mana-mana syarikat mahu menggunakan nama ihsan tetapi dieja sebagai contohnya : Ehsan Takaful Berhad; adakah ini menjadi kesalahan, ataupun adakah ini dibenarkan kerana ia adalah suatu ejaan unik yang dimahukan oleh sesebuah syarikat. Adakah ejaan ini akan diberi/dianggap sebagai pengecualian seperti di dalam Selangor Darul Ehsan?Terima KasihEjaan yang betul ialah ihsan. Tidak ada kata ehsan dalam bahasa Melayu kecuali yang telah digazetkan kepada Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, penamaan dan ejaan yang betul ialah Takaful Ihsan Berhad.Lain-lain29.10.2010
"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu".. Salam. Kenyataan di atas adalah Misi DBP dan Sektor Swasta di minta bersama-sama untuk menjayakannya. Saya cuma ingin bertanya, kenapa pihak swasta terutama bank dan takaful tidak menyediakan surat perjanjian dalam Bahasa Melayu. Apakah tindakan DBP? Sekian, terima kaih.Selaras dengan misi kami, DBP sentiasa berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelbagai sektor di negara kita. Melalui kerjasama DBP dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pelbagai keputusan telah dicapai dan arahan dikeluarkan. BNM telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat insurans/takaful agar dokumen berkaitan pelanggan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada kami butiran bank berkenaan untuk kami buat pemantauan dan teguran yang sewajarnya. Butiran boleh di-e-mel kepada ayu@dbp.gov.my dan ana_mohdbess@dbp.gov.my.Lain-lain13.12.2012
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "defined loss" yang digunakan oleh syarikat takaful? Contoh penggunaan istilah, "... agreeing to mutually help each other, should any of the participants suffer a defined loss." Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "loss" bermaksud kerugian manakala "define" pula ialah mendefinisikan atau mentakrifkan.

Oleh itu, defined loss" diterjemahkan kepada kerugian seperti yang telah didefinisikan atau kerugian seperti yang telah ditakrifkan.
Makna05.06.2018
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "banca", "bancassurance" dan "bancatakaful" (penjualan/pengedaran produk insurans/takaful oleh institusi perbankan)? Saya juga ingin bertanya adakah memang terdapat istilah bahasa Melayu "underait"? Saya ada menjumpai penggunaan istilah ini dalam dokumen-dokumen Bank Negara Malaysia. Saya juga pernah menjumpai istilah ini dalam carian di Khidmat Nasihat PRPM, tetapi carian "underait" tidak dapat dijumpai lagi sekarang. Terima kasih.Wassalam,

Untuk maklumat tuan/puan, masih belum terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan "banca".
Untuk istilah "underwrite", dalam bahasa Melayu ditulis "underait".
Penyemakan dan penterjemahan22.07.2019
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.Seperti Lampiran.Ejaan23.07.2013
Mohon dapat terjemahkan ayat ini: 1 - a one time processing fee is payable upon first disbursement of the facility. This fee is to be debited to the financing account. 2 - applicable for non malaysian only and not applicable to spouse of Malaysia in a joint apllication. 3 - You/Security Party will maintain such takaful or insurance as in respect of the property against all risk from such takaful operator or insurance companies acceptable to the bankUntuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemaknya. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2018

Kembali ke atas