Assalamualaikum dan selamat sejahtera..., saya ingin bertanya tentang terjemahan bagi "spirit away"/"spirited away" yang dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Adakah "disorok hantu" atau "kena sorok" sesuai digunakan? | Kami mencadangkan perkataan spirited away diterjemahkan kepada disorok hantu. Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.07.2023 |
Swept away by the actions of a former life and washed down the river of time by a pitiful destiny. 3: 10:00:07.07 10:00:12.10 05.03 Two prisoners are confined forever on opposite sides of the mirror, crossing through time and through the midnight curtain… ...to deliver your vengeance. | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas dalam bahasa yang baik dan betul. | Lain-lain | 22.02.2012 |
nasi ayam take away | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 01.09.2015 |
1)delivery 2)take-away | 1)penghantaran 2)bawa pulang | Istilah | 12.07.2011 |
Installation is just a few clicks away. No need to configure Routers or Firewalls for PC remote access. Installation on a remote PC is optional. Friendly web-based interface. | Harap maaf, pihak kami tidak memahami soalan yang dikemukakan oleh sdr. Sila gunakan Bahasa Melayu yang betul dan soalan yang diajukan pula hendaklah jelas. Harap maklum. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Adakah boleh diterjemah "That place is 20 miles away" sebagai "Tempat itu 20 batu di kejauhan"? | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah "Tempat itu 20 batu jauhnya". | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2023 |
Apakah terjemahan untuk breakout discussion (denoting a group which breaks away from a larger gathering for discussion)? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk breakout discussion ialah perbincangan terpisah atau perbincangan berasingan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian. | Istilah | 03.04.2021 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Plastic Extrusions Take-away Conveyors'? Sekian, terima kasih. | Salam Sejahtera. Cadangan kami ialah Pengangkut Penyemperitan Plastik. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah: 1. 'wake up coffee' 2. take-away coffee Sekian, terima kasih. | Kedua-dua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan maksud dan konteks penggunaan kedua-dua istilah tersebut. | Istilah | 25.06.2016 |
Salam 1 Malaysia, Harap dapat perbetulkan transilasi dari bahasa inggeris ke bahasa melayu di bawah: "There is no service charge for take away items." "Tiada caj perkhidmatan untuk pesanan makanan bawa pulang." Terima Kasih. | Tiada caj perkhidmatan untuk pesanan makanan bawa pulang. Terjemahan ini betul dalam konteks ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.11.2015 |