Salam Sejahtera, Mohon bantuan untuk menterjemahkan "Insurance Cover Note" dalam bahasa Malaysia. Terima kasih. | Padanan insurance cover note dalam bahasa Melayu ialah nota lindung insurans. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2016 |
Apakah padanan yang sesuai untuk "Ransom Note"? "Nota Tebusan" atau "Surat Minta Tebusan"? | Kami mencadangkan padanan yang sesuai untuk “Ransom Note” ialah Nota Tebusan. | Istilah | 22.12.2020 |
Saya ingin mengetahui maksud perkataan "active reading" dan "note taking"dalam bahasa malaysia. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "active reading" dan "note taking" tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk kedua-dua istilah tersebut ialah pembacaan aktif dan pengambilan nota. | Istilah | 05.05.2012 |
on this note, promoter | berdasarkan makkumat ini. penganjur | Lain-lain | 30.04.2007 |
Hi apakah padanan untuk Delivery Note? | Padanannya ialah nota penyerahan. | Makna | 03.12.2007 |
apakah makna yang seduai untuk key note speech. Adakah ucaptama itu sesuai. Terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat telah memasukkan kata ucaptama dan diberi makna sebagai ucapan penting yang mengandungi sesuatu soal dasar atau perkara pokok yang disampaikan terutamanya oleh pemimpin atau tokoh dalam sesuatu persidangan, seminar dan sebagainya. | Istilah | 17.03.2011 |
Salam Hormat, 1) Saya telah mengemukakan soalan mengenai "Insurance Cover Note" minggu lepas. Namun, saya berhasrat untuk mengetahui secara lebih lanjut kerana saya agak keliru dengan "Nota Lindung Insurans" dan "Nota Perlindungan Insurans". Mohon jasa baik penjelasan daripada pihak tuan dan contoh penggunaan ayat jika tidak keberatan. 2) Mohon bantuan untuk menterjamahkan ayat "Apologize for inconvenience" Ribuan terima kasih. | Dalam pangkalan data istilah DBP, tidak terdapat huraian yang diberikan untuk "nota lindung insurans." Ayat "Apologize for inconvenience" boleh diterjemahkan kepada Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. | Istilah | 21.06.2016 |
Apakah terjemahan bagi "sticky notes"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sticky note ialah nota lekat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.02.2023 |
Saya dari industri pengangkutan (transportation) ingin dapatkan terjemahan dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut untuk dimuatkan dalam "Consignment Note" kami. Harap dapat terjemahan yang bersesuaian dengan terma logistik 1) Delivery Date 2) Planned Delivery Date 3) Pick-up 4) Walk-in 5) Cash on delivery 6) Cash on collection 7) Consignment number 8) Fixed delivery time | 1) Delivery Date = Tarikh Penyerahan 2) Planned Delivery Date = Tarikh Penyerahan Dirancang 3) Pick-up = Kutipan 4) Walk-in = Kutipan Sendiri 5) Cash on delivery = Tunai Semasa Penyerahan 6) Cash on collection = Tunai Semasa Kutipan 7) Consignment number = Nombor Konsainan 8) Fixed delivery time = Masa Penyerahan yang Ditetapkan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2014 |
Apakah terjemahan yang betul bagi ayat berikut: Quoted words, phrases, and sentences run into the text are enclosed in double quotation marks. (Note that in the fields of linguistics and philosophy single marks are used in certain contexts to enclose individual words or letters; ) Single quotation marks enclose quotations within quotations; double marks, quotations within these; and so on: "Don't be absurd!" said Henry. "To say that 'I mean what I say' is the same as 'I say what I mean' is to be as confused as Alice at the Mad Hatter's tea party. You remember what the Hatter said to her: 'Not the same thing a bit! Why you might just as well say that "I see what I eat" is the same thing as "I eat what I see" ! ' " British practice i often, though not always, the reverse: single marks are used first, then double, and so on. | Untuk makluman, pertanyaan puan di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa sedia membantu pengguna menangani masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, istilah, laras bahasa dan tatabahasa. | Lain-lain | 12.03.2012 |