Apakah padangan yang sesuai untuk "booking off duty". Contoh ayatnya "I will be booking off shortly". | Mohon tuan/puan memilih perkataan Inggeris sama ada "booking off duty", "booking off shortly" atau berikan kami ayat yang lengkap untuk memudahkan pihak kami memberikan padanan yang tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2021 |
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda. | Istilah | 25.12.2016 |
Apakah istilah yang sesuai bagi "off-price retailing"? Off-price retailing adalah peruncitan yang menyediakan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang rendah. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah off-price retailing ialah peruncitan harga rendah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.05.2023 |
Saya dapati rata-rata pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan "one-off" secara italic dan tidak memberi padanan dalam bahasa Melayu. Didapati dalam istilah PRPM disebut one-off budget sebagai belanjawan sekali beri. Adakah padanan bahasa Melayu bagi "one-off" iaitu "sekali beri" telah mantap dan boleh digunakan dalam penggunaan rasmi? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "one-off" iaitu sekali beri merupakan istilah standard yang telah ada dalam data kami dan boleh digunakan dalam konteks rasmi. | Istilah | 30.03.2020 |
Maaf, saya tidak jumpa ruangan untuk menaip terjemahan yang saya perlukan. Bagaimana untuk terjemah on and off road? Contoh On and off-road bike. Ini untuk kayuhan basikal atas jalan raya serta jalan tanah. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "on and off road" ialah di atas dan luar jalan raya. | Istilah | 11.11.2016 |
adakah terjemahan "Mesyuarat Permulaan" sesuai digunakan untuk 'kick-off meeting' bagi menyuarat kali pertama atau mesyuarat permulaan bagi sesuatu projek? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud kick-off ialah tendang mula atau permulaan perlawanan dalam bidang sukan. Walaubagaimanapun cadangan terjemahan yang sesuai bagi kick-off meeting ialah mesyuarat permulaan. | Makna | 09.01.2020 |
Menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia1. Write-off (fixed assets) 2. Pecured rubber 3. Retread tyres | 1. Write-off = hapus kira 2. Precured rubber = getah praawet 3. Retread tyres = tayar celup | Istilah | 03.10.2002 |
Apakah istilah yang sesuai untuk "button on" dan "button off" untuk alat kawalan jauh televisyen? | Padanan bahasa Melayu untuk "button on" dan "button off" ialah butang buka dan butang tutup. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.09.2021 |
Mohon cadangan terjemahan untuk ayat "All rules are off!". Terima kasih | Mohon tuan/puan memberikan contoh ayat sebelum dan selepas ayat “All rules are off” supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2017 |
Saya rasa ada keperluan untuk mencipta istilah luar jalan raya (off-road) yang lebih pendek dan ringkas kerana penggunaannya semakin meluas. | Cadangan padanan bagi istilah off-road dalam bahasa Melayu ialah luar jalan raya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 31.03.2024 |