Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takes

Peribahasa

548

It takes all sorts to make a world

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mencari padanan istilah BM yang sesuai dengan perkataan underserved. Cth ayat: Team members takes underserved breaksUntuk makluman, istilah "underserved" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau makna perkataan tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu.Istilah01.02.2013
Salam tuan, bagaimana saya ingin terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ayat berikutnya 1) "he takes for granted the amount that we need to know", dan 2) "she has been taken for granted by her boss for years". Terimakasih.Penterjemahan ayat adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun kami boleh membantu tuan dengan menyemak padanan teks tersebut yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2014
Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTMKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan03.04.2018
Salam. Apakah padanan terjemahan Inggeris-Melayu yang tepat untuk perkataan "establishment" dan "anti-establishment" dalam konteks ayat di bawah: "Trump takes up the fight against the US establishment" Terima kasih. Salam sejahtera,
Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "establishment" bermaksud
n act of, (founding) penubuhan, mendirikan. Dalam konteks ayat yang dinyatakan, "establishment" bermaksud penubuhan dan 'anti-establishment' bermakna antipenubuhan.

Sekian terima kasih.

Makna15.01.2018
Salam Tuan, saya ingin minta tolong tuan berikan terjemahan yang tepat untuk "take for granted" dan "taken for granted". Konteks - "he takes for granted the amount that we need to know", dan "she has been taken for granted by her boss for years". Harap dapat jawapannya dari pihak tuan. Terima kasih.Dalam data kami,frasa  take for granted diterjemahkan sebagai membuat anggapan manakala frasa taken for granted diterjemahkan sebagai diandaikan.Penyemakan dan penterjemahan24.09.2014
Apakah perkataan yang sesuai bagi "damage" dalam permainan video? Kebiasaannya, ia digunakan untuk pemain dan NPC dalam permainan video tersebut. Frasanya ialah "Player takes damage" atau "fall damage".

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah “kerosakan”. Maksud ini boleh digunakan untuk merujuk pada keadaan damage yang digambarkan dalam permainan video. Jika watak atau peranan yang dimainkan oleh pemain dan non player character (NPC) adalah benda hidup, “kecederaan” juga boleh  dipadankan dengan damage. Namun ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya.

Lain-lain01.09.2021
Mohon cadangan istilah bagi perkataan berikut yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pembinaan: i. incomer (*Incomer supplies power to the substation bus, while feeder takes out that power from the bus to the loads) ii. Cable Laying, pulling and dressing iii. Receiving Authority iv. Approving Authority v. Livening Up Notice vi. Live Panel & Cabinet vii. Onboarding date viii. Energized area Terima kasih.Mohon tuan berikan takrifan setiap istilah supaya kami dapat mencadangkan padanannya.Istilah21.11.2019
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts"Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". 
Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti.
Istilah14.05.2019
Asslamualaikum, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk terjemah definisi "workplace spirituality" ke dalam bahasa melayu. Terima kasih. "Workplace spirituality: the recognition that employees have an inner life that nourishes and is nourished by meaningful work that takes place in the context of community”Terjemahan workplace spirituality ialah kerohanian tempat kerja.Penyemakan dan penterjemahan19.01.2023
Kami hendak mendapatkan pengesahan dari pihak DBP untuk penterjemahan berikut (versi Bahasa Inggeris sebulem Bahasa Melayu). Ini adalah untuk iklan pelanggan kami. Sila ambil perhatian bahawa VERSI 1 menggunakan perkataan 'tap' merujuk kepada tarian 'tap'. Kami memerlukan pengesahan secepat mungkin. Harap dapat maklum balas tuan/puan supaya iklan kami boleh kami bentangkan kepada pelanggan kami (pagi Isnin depan). Terima Kasih. VERSI 1: Just tap & save! It’s time to groove to more savings at the pump. ‘Tap’ aje & jimat! Kini tiba masanya untuk lebih penjimatan di pam petrol. VERSI 2: FAST CARD. BIG SAVINGS. It only takes a tap to save you 10% in petrol rebates! Kad pantas. Penjimatan besar. Hanya sentuh untuk mendapatkan penjimatan 10% dalam rebat petrol!Kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan, terutamanya kaitan antara tarian tap dengan petrol, berkemungkinan jika dilampirkan visual lebih mudah untuk kami memahaminya. Sila kemukakan terus iklan tuan dalam domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", iaitu domain yang dibangunkan khusus untuk pengesahan iklan.Penyemakan dan penterjemahan10.07.2015

Kembali ke atas