1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp. | Untuk soalan 1.: Kedua-duanya boleh digunakan Untuk soalan 2.: Yang betul ialah menaiki tahta Untuk soalan 3.: Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini Untuk soalan 4.: Pembaji --> baji baji | pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali. | | Tatabahasa | 06.10.2014 |
Apakah terjemahan bagi "Line of succession to the Bruneian throne"? Garis atau galur pewarisan takhta Brunei? | Salam sejahtera, Cadangan SUSUR GALUR PEWARISAN TAKHTA BRUNEI Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2017 |
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. (Soalan saya ialah penggunaan perkataan pertabalan/penabalan. Manakah satu betul?Tolong berikan penjelasannya.) | Saudara, Perkataan pertabalan bermaksud perbuatan atau hal bertabal. Perkataan penabalan ialah perbuatan menabalkan.Oleh itu pemilihan perkataan ini bergantung pada masud yang hendak disampaikan, sama ada hal bertabal atau perbuatan menabalkan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. Boleh berikan sebabnya. Terima kasih. | Encik Ming Hui, Saya kurang jelas soalan yang ingin ditanyakan, namun mengikut fahaman saya mungkin Encik mahu tahu makna bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk di tempat yang dikhaskan. Perkataan ini tergolong dalam bahasa Istana. | Makna | 06.07.2010 |
Apakah yang dimaksudkan metafora? Boleh tak memberikan satu contoh? Adakah metafora bermaksud perbandingan antara dua perkataan seperti " takhta mulia" Ataupun perbandingan antara perbandingan dua perkara seperti: anakku, permata hatiku. Adakah anak diibaratkan dengan permata hati atau hati diibaratkan dengan permata. | Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Jenis-jenis Metafora ialah (1) metafora implisit -pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya;(2) metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan: (3) metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'. | Makna | 24.02.2014 |
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa." | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
-bersemayam | Saudara Shahiraiera, tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna bersemayam ialah i. duduk(di atas takhta, singgahsana) ii. tinggal | Lain-lain | 29.04.2010 |
Sesuai atau tidak perkataan di "nobat" bagi mengiktiraf kemenangan.. bukankah nobat digunakan dalam istiadat kebesaran diraja melayu? | Menobatkan bermaksud menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan. Perkataan nobat menerusi Kamus Dewan lebih tertumpu kepada istiadat diraja. | Makna | 02.04.2007 |
Salam sejahtera ! Tengkolok yang dipakai oleh DYM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan/penabalan berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soalan: "pertabalan @ penabalan" yang tepat Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, pertabalan bermaksud perihal menaiki takhta kerajaan, manakala penabalan bermaksud perihal merasmikan (mengumumkan) menjadi raja. Berdasarkan konteks ayat tersebut, pertabalan lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 15.05.2017 |
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? | 1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. 2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang. 3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |