menyampaikan taklimat | menyampaikan taklimat | Tatabahasa | 18.01.2012 |
"Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetuju membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." atau "Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." Antara ayat di atas, ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah? | Ayat yang betul ialah Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung. Ayat pertama dipinda menjadi Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetujui pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Manakah satu ayat yang Betul? 1.Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
orang yang mengendalikan kursus atau orang memberi taklimat di dalam kursus peningkatan prestasi digelar sebagai apa? | Orang yang mengendali kursus dengan orang yang memberi taklimat adalah orang yang berbeza. Orang yang mengendali kursus ialah orang yang menguruskan kursus. Mereka boleh dinamakan penganjur. Sementara orang yang memberi taklimat dinamakan penceramah. | Lain-lain | 08.07.2008 |
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih. | Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut. | Lain-lain | 26.07.2007 |
contoh taklimat rasmi dan teknik terjemahan | sila jelaskan soalan saudara, apakah yang dimaksudkan dengan taklimat rasmi. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP. | Lain-lain | 30.01.2009 |
apakah perbezaan antara syarahan ,taklimat ,ceramah ,pidato dengan ucapan | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, syarahan ialah ucapan yg diberikan. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu, ceramah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain dan bersinonim dengan syarahan. Pidato ialah ucapan atau syarahan yang diberikan di hadapan orang ramai manakala ucapan ialah apa-apa yang diucapkan. Oleh itu, pidato, syarahan dan ucapan hampir sama maknanya, yang boleh membezakan ialah tempat dan isi kandungan yang diucapkan. | Makna | 21.07.2010 |
Apakah perbezaan syarahan perdana,taklimat dan ucapan. | Syarahan perdana ialah satu bentuk syarahan/ceramah yang disampaikan di tempat yang luas dan disaksikan oleh penonton yang ramai. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu perkara. Ucapan ialah 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan; | Istilah | 14.05.2009 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai? | 1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. 3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang. 2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. 3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi. | Tatabahasa | 15.09.2012 |