Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.lu/] | تعلوق

Definisi : takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; menakluki 1. = menaklukkan menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; taklukan(orang dll) yg ditaklukkan, tawan­an; penaklukan perihal menaklukkan, pena­wan­­an; penakluk orang yg menakluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.lu/] | تعلوق

Definisi : 1 tunduk kpd sesuatu pemerintah, kuasa dll; mengaku taat: Telah kedengar­an kpd Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kpdnya. 2 (kawasan, negara) yg telah ditundukkan; jajahan: negara ~ kerajaan Siam. menakluk menyerang dan mengalahkan; menundukkan: Askar-askar itu kemudian telah berjaya pula ~ beberapa buah negeri lain. tertakluk 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. taklukan orang atau se­suatu yg telah ditakluk. penaklukan hal (perbuatan dll) menakluk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk?Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita.

Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Ejaan10.08.2023
Tuan, Saya ingin bertanya apakah maksud Ke Bawah Kaus kerana Raja memerintah bersama bagi Negeri Sembilan iaitu Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia menggunakan gelaran itu. Boleh saya tahu ianya membawa maksud apa.?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 990) ke bawah kaus bermaksud kata kehormatan kepada raja dan di bawah jajahan atau takluk seseorang raja. Salah satu makna kata kaus ialah kasut dalam bahasa klasik. Untuk keterangan yang lebih jelas, sila rujuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.Makna21.03.2024

Kembali ke atas