| Salam, salahkan menggunakan perkataan "takrifan"? | Takrifan boleh digunakan dan maksudnya sama dengan definisi. | Makna | 30.03.2012 |
| takrifan golongan atasan | Saudara Sue, Makna perkataan atasan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang, golongan atau pihak yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll. Contoh ayat, Hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya. | Makna | 12.08.2009 |
| Assalamualaikum. Dalam pangkalan data PRPM terdapat dua takrifan untuk kata "al-Majid", dan sumber kedua-dua takrifan ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Takrifan mana yang betul? Terima kasih. Pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-majid+99+nama+Allah | Kedua-duanya boleh digunakan. | Makna | 31.07.2013 |
| Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan takrifan. Adakah perkataan ini boleh digunakan bagi menerangkan sesuatu maksud. Ini adalah kerana dalam pusat rujukan persuratan tiada perkataan takrifan. Sekian. terima kasih | Perkataan takrifan boleh digunakan yang bermaksud hasil huraian yang ringkas dan tepat tentang sesuatu seperti makna perkataan dan lain-lain. | Makna | 04.04.2013 |
| Apakah takrifan yang tepat bagi istilah Pergaulan Bebas | Pergaulan bebas ialah hal atau perbuatan bergaul, biasanya antara lelaki dengan perempuan yang menyimpang daripada norma agama, budaya dan sosial sesuatu masyarakat dan boleh membawa kepada kesan buruk sekiranya tidak dibendung. | Makna | 14.12.2024 |
| Apakah takrifan "Badan Air" dan "Jasad Air"? adakah ia sama atau tidak? | Sila nyatakan konsep atau konteks sesuatu istilah agar pihak kami dapat mencadangkan padanan yang sesuai dan tepat. | Lain-lain | 02.08.2022 |
| Apakah takrifan atau terjemahan yang sesuai untuk istilah "extra-terrestrial" yang digunakan dalam bidang angkasa? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "extraterrestrial" bermaksud makhluk/luar angkasa atau asing. Menurut istilah fizik, padanannya ialah luar daratan. Oleh itu, penggunaan istilah bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 24.09.2020 |
| Mana takrifan yang betul : Bangunan Canseleri atau Bangunan Canselori | Kamus Dewan merakamkan perkataan canseleri yang bermaksud pejabat canselor. Apabila diperhalusi perkataan Canselori juga ada kewajarannya untuk diterima dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori dan Canseleri juga merupakan varian dalam bahasa Melayu. | Istilah | 30.04.2015 |
| Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. | Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami. Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga. | Istilah | 25.11.2014 |
| 1.TAKRIFAN TATABAHASA-BERAPA TOKOH BAHASA. 2.OBJEKTIF PENGAJARAN TATABAHASA. 3.PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA. 4.CONTOH PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG. | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Kami mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik/ layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 02.06.2013 |