| Adakah perkataan mug (bahasa inggeris) yang bermaksud cawan atau kole telah dimasukkan dalam kamus bahasa Melayu? | Entri "mug" ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan takrifnya adalah seperti yang berikut: n 1 bekas bertangkai tanpa piring yg dibuat drp ayan, porselin, plastik dll, digunakan utk minum kopi, teh dsb yg saiznya lebih besar drp cawan; 2 ... | Lain-lain | 30.05.2021 |
| Salam sejahtera, Adakah "Installability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpasangan"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Etimologi installability ialah install + able, manakala takrifnya ialah “The capability of being installed” . Jika berdasarkan panduan pembentukan istilah, boleh digunakan untuk able dan pasang digunakan untuk install, maka pembentukan kata nama akan menerima apitan ke-an dan membentuk istilah “kebolehpasangan”. | Istilah | 20.11.2018 |
| ejaan yang betul sama ada pasembur atau pasembor? | Ejaan yang betul ialah pasembor. Frasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah rojak pasembor dan takrifnya adalah seperti yang berikut: rojak pasembor makanan yg biasanya terdiri drp campuran cucur, telur rebus, timun, tauhu goreng dan mi, dan dimakan bersama kuah kacang | Lain-lain | 21.06.2021 |
| Apakah Maksud mengakas | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan. Berikut ialah penjelasan ringkas berkenaan maksud perkataan tersebut. Menurut Kamus Dewan Perdana (2020), mengakas merupakan kata terbitan daripada akar kata kakas. Berdasarkan semakan yang telah kami jalankan, perkataan ini mempunyai homonim. Perincian takrifnya adalah seperti berikut: kakas1 كاكس [kɑ•kɑs] ark kt lihat mengakas mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] [psf: dikakas, kakas] ark kt memaksa (seseorang) melakukan sesuatu kakas2 كاكس [kɑ•kɑs] Mn n garis-garis bekas kena kuku atau cakar binatang spt ayam, biasanya di atas tanah mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] 1 ki Mn ktt bekerja keras tetapi hanya memperoleh hasil yg sedikit 2 Id kt (berkenaan ayam dsb) mencakar-cakar (tanah, pasir dll) utk mencari makanan Panduan: homonim: dua kata atau lebih yg mempunyai ejaan dan sebutan yg sama tetapi berlainan makna, mis daki kotoran) dgn daki (panjat). n: kata nama kt: kata kerja transitif ktt: kata kerja tak transitif ark: arkaik Mn: minang ki: kiasan Id: Indonesia | Makna | 03.06.2025 |
| Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Peraturan ejaan yang menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun. | Ejaan | 13.01.2014 |