Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta/.sa] | تقسا

Definisi : mempunyai makna yg kabur (menyang­sikan, meragukan), boleh menimbulkan lebih drpd satu makna atau tafsiran; ketaksaan perihal (keadaan dsb) taksa, keka­buran, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna): adanya imbuhan-imbuhan membantu menghilangkan ~ se­suatu ayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/.sa] | تقسا

Definisi : tidak dpt ditentukan dgn pasti (bkn makna sesuatu kata dll); me­nimbulkan keraguan atau tafsiran lain; kabur. ketaksaan perihal atau keadaan taksa; kekaburan: ~ makna dlm ayat dpt diatasi jika tanda baca digunakan dgn betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taksa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud bagi perkataan 'ketaksaan'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ketaksaan ialah perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui sesuatu makna sila rujuk Kamus Dewan.Makna14.09.2008
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Maklumbalas pihak tuan/puan pada 11/6/2020 adalah berkaitan. Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Pertanyaan saya, adakah bersesuaian saya menggunakan perkataan pengembangan yang meliputi idea, proses, produk serta amalan yang terdiri daripada perkara yang dapat dilihat (produk), abstrak dan kabur(idea)? Pohon pandangan tuan/puan jua. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan tuan/puan. Salam hormat.Perkataan "pengembangan' sesuai digunakan bagi menggambarkan proses perkembangan idea.Makna12.06.2020
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat.

Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Makna10.06.2020

Kembali ke atas