Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : taksir I Ar tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa, lalai: jangan ~ drpd memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa kerajaan engkau; berlepas ~ mem­bebaskan diri drpd kesalahan orang; mentaksirkan melalaikan, mengalpakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menaksir 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn me­lihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. taksiran 1 ha­sil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. penaksiran perbuatan atau hal me­naksir. penaksir orang yg menaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taksir
Kata Terbitan : mentaksir, taksiran, penaksiran, penaksir,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661.Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. Istilah01.12.2009
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013

Kembali ke atas