Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.so.no.mi] | تکسونومي

Definisi : kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tak.so.no.mi] | تکسونومي

Definisi : ist kajian ttg prinsip, per­aturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan per­samaan dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taksonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud frasa "Taksonomi Bloom" dalam aspek Mengingat dan Memahami ?Dalam istilah bidang Pendidikan, taksonomi Bloom bermaksud pengelasan objektif pendidikan yang dihasilkan oleh Bloom yang menunjukkan aras kognitif di peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Istilah16.07.2013
1. adakah penggunaan "ralat aksesibiliti" ayat ini betul dari segi konteks ayat? "Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti ralat aksesibiliti melibatkan penggunaan laman web oleh golongan OKU" 2. adakah betul terjemahan "defect taxonomy" ialah taksonomi ralat?Cadangan padanan istilah yang betul:

1. Tukar ralat aksesibiliti kepada Ralat Ketercapaian
2. Tukar Taksonomi ralat kepada Kecacatan Taksonomi
Istilah10.01.2018
Apakah terjemahan yg sesuai utk istilah "describe" dlm konteks taksonomi? Hurai?, described species/genus = spesies/genus terhurai, describing a new spesies = menghuraikan spesies baru, description = huraian?Cadangan padanan bagi istilah describe, described, describing, dan description dalam bahasa Melayu ialah perihalkan, diperihalkan, memerihalkan, dan perihalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.05.2025
salam. apakah maksud perkataan 'kohort'Maknanya ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan.Istilah27.06.2010
Saya sering terbaca frasa ` pro forma kursus`. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa tersebut. Adakah ejaannya betul?

Frasa ini tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Yang ada hanyalah istilah forma (bidang biologi) yang merujuk:  

(1) Unit taksonomi yang terdiri daripada individu yang berbeza daripada unit yang lebih besar oleh satu ciri tunggal, oleh yang demikian merupakan ciri yang paling kecil dalam pengelasan. (BIO)

(2) Satu jenis spesies polimorfik; satu kumpulan taksonomi yang statusnya tidak nyata, mungkin spesies atau mungkin juga subspesies. (BIO)

Makna13.05.2009
SAYA INGIN MENGETAHUI TERJEMAHAN PERKATAAN INI DALAM BAHASA MELAYU YANG TEPAT BAGI ISTILAH BIOLOGI MAKANAN. 1. CHEMOPORATION 2. MICRO-ENCAPSULATION 3. TAXONOMIC FAMILY 4. LIPOSOME FUSION SEKIAN, TERIMA KASIH.

 1. CHEMOPORATION - Tiada dalam rekod kami

2. MICRO-ENCAPSULATION - Pengkapsulan mikro

3. TAXONOMIC FAMILY - Keluarga taksonomi

4. LIPOSOME - Liposom

Makna19.06.2009
nyamuk Aedes. Adakah perkataan Aedes ditulis dalam huruf besar? saya keliru kerana pada bahagian khidmat nasihat ada menyatakan Aedes ialah kata nama khas dan kata nama am juga. Mohon pencerahan. terima kasih.

Perkataan aedes merujuk sejenis nyamuk dan tergolong sebagai kata nama am, maka tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat. Kekeliruan timbul kerana Aedes merupakan istilah dalam penamaan saintifik (taksonomi) dan dalam konteks tersebut dianggap sebagai kata nama khas.

Namun, dalam penggunaan umum bahasa Melayu “nyamuk aedes” dieja dengan huruf kecil.

Tatabahasa03.04.2026
Saya ada terbaca tentang "latihan sukarekawan sukan sea 2017 Kohort 10" Perkataan "KOHORT" itu adakah istilah bhs inggeris atau dalam BM? Apakah yang dimaksudkan dgn kohort? Terima kasihMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan istilah sumber bagi perkataan kohort dalam bahasa Inggeris ialah Cohort. maksud kohort dalam bidang gerontologi ialah kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak semestinya pada tahun yang sama manakala dalam bidang sosiologi ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan.Makna13.03.2017

Kembali ke atas