Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.ti.kal] | تکتيکل

Definisi : taktikal 1. berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau men­capai tujuan: semua pemain perlu mengikuti latihan ~ lima kali seminggu; 2. digunakan atau dilakukan utk bantuan serta-merta dlm sesuatu operasi ketenteraan (bkn senjata, pengeboman dsb): TUDM juga mempunyai pesawat ~ jarak sederhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taktikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya mendapati rata-rata rakyat Malaysia sekarang sering menggunakan perkataan 'taktikal' ssbagai kata nama berbanding perkataan yang betul iaitu 'taktik'. Kesalahan ini menjadi terlalu kerap sehingga pengulas program sukan di saluran tempatan spt. Astro juga menggunakan perkataan tersebut. Contohnya "Apakah taktikal untuk pelawanan bola sepak pada hari ini?" Saya berharap pihak DBP boleh memperbetulkan kesalahan ini dengan membuat posting di media sosial seperti Facebook agar maklumat dapat dikongsi kepada ramai orang.

Kami ambil maklum saranan tuan. Terima kasih.

Lain-lain17.10.2021
Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1Malaysia, Tuan, Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah maksud serta perbezaan kata berikut: -Pelan Strategi -Pelan Taktikal -Pelan Operasi -Pelan Tindakan 2. Apakah pula maksud serta perbezaan kata berikut: -Teknik -Cara-cara -Kaedah -Pendekatan 3. Apa pula perbezaan kata: -Rangkai kata -Sari kata -Kota kata 4. Apakah maksud 'keanekaragaman susuk ayat'? Mohon penjelasan dengan segera. Terima kasih. Wassalam Ahmad Nasrun Kudat Sabah 2.

1. Pelan strategi bermaksud rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan. Pelan taktikal berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan.  Pelan operasi berkait dengan perjalanan atau kegiatan yang dilaksanakan. Pelan tindakan ialah langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan.

2. Teknik - 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. Cara-cara - 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara.  Kaedah -  cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan - 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

3. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Sari kata ialah terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan. Kota kata (yang tepat ialah mengotakan) bermaksud menepati (melaksanakan) janji dll.

4. Keanekaragaman susuk ayat bermaksud bentuk atau susunan ayat yg beraneka ragam.

 

Istilah02.03.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Hazimi, ingin mendapatkan nasihat dan pandangan dari pihak tuan berkenaan perkataan pada papan tanda yang syarikat saya ingin pohon dari pihak majlis perbandaran. menurut syarat permohonan tersebut, bahasa yang digunakan pada papan tanda perlulah mendapat pengesahan dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memberikan nasihat dan pandangan merujuk kepada visual papan tanda yang saya lampirkan sekali. Saya berharap dapat jawapan dari pihak tuan secepat mungkin, dan kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEMBEKAL KELENGKAPAN PERKHEMAHAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Mohon pastikan nama premis perniagaan anda telah didaftarkan, jika tidak sila tukarkan ke bahasa Melayu. Sila terjemahkan atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) teks tambahan MEMBEKALKAN PERALATAN PERKHEMAHAN, AKTIVITI LUAR DAN KEMAHIRAN TAKTIKAL. Mohon pindahkan kedudukan teks NO. PENDAFTARAN ke bahagian penjuru bawah sebelah kanan papan iklan anda. 

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain27.01.2022

Kembali ke atas