TAKZIAH ATAS KEMATIAN/KEMBALI KE RAHMATULLAH | TAKZIAH ATAS KEMATIAN TAKZIAH ATAS KEMBALI KE RAHMATULLAH | Tatabahasa | 25.10.2010 |
Adakah perkataan "takziah" khusus digunakan untuk berita kematian sahaja? Sekian, terima kasih. | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Makna | 06.06.2011 |
Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan? | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Istilah | 06.06.2010 |
Assalamualaikum.. saya kurang pasti dengan perkataan "Takziah" adakah perkataan tersebut hanya boleh diucap kpda keluarga yang kehilangan anggota seperti meninggal dunia?atau pon sebab2 lain selain meninggal dunia? Terima Kasih. | takziah, bermakna penyataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa. Perkataan ini bukan sahaja digunakan untuk kematian, tetapi juga menyatakan kesedihan dan dukacita. Terima kasih. | Makna | 16.01.2007 |
kenapa soalan ini salah: Badariah mengucapkan takziah di atas kematian ibu Mutu | Kata sendi nama di atas hanya merujuk tempat, oleh itu penggunaan kata sendi yang betul dalam ayat ini ialah "Badariah mengucapkan takziah atas kematian ibu Mutu" | Tatabahasa | 30.06.2009 |
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA. | Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
INGIN TAHU ERTI BELASUNGKAWA | Belasungkawa: Jw pernyataan turut berdukacita, (ucapan) takziah: ia banyak menerima surat ~ akan kematian anaknya itu. | Makna | 14.08.2009 |
1. apakah maksud mystery play dalam bahasa melayu? lakun misteri atau drama misteri? apakah maksud passion play? drama penyaliban atau drama takziah atau drama tabui atau lakon derita? harap dapat penjelasan. | Mystery play juga dikenali sebagai miracle play yang bermaksud drama keagamaan. | Istilah | 29.10.2009 |
Salam sejahtera tuan. Bagaimanakah hendak membetulkan ayat ini. Syabas, kamu telah kalah dalam pertandingan ini! Perkataan apakah yang sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan'syabas'? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang boleh menggantikan perkataan syabas ialah takziah. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen. | Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu". Contohnya: Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya. Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu. 4. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. | Lain-lain | 31.12.2016 |