Salam pagi, Soalanya: 1) Frasa yang manakah membawa maksud 'online'? 'Dalam talian' atau 'atas talian' atau 'talian online'? 2) Apakah terjemahan BM yang betul bagi e-learning? 3) Yang manakah betul? - Cara-cara penggunaan alat - Cara-cara menggunakan alat 4) Apakah perbezaan antara 'mengapa' dan 'kenapa'? Misalnya: - Jelaskan mengapa.... - Jelaskan kenapa.... Terima kasih :-) | Maksud Perkataan online ialah dalam talian manakala e-learning merujuk kepada e-pembelajaran. "Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan. Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Makna | 16.10.2015 |
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas? | Salam sejahtera, Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2018 |
Salam sejahtera, Adakah "Alert Line" sesuai diterjemahkan kepada "Talian Awasan" atau "Talian Amaran"? Teks bermaksud talian yang boleh dihubungi oleh pengguna untuk melaporkan apa-apa hal atau pertanyaan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Alert Line diterjemahkan kepada Talian Peka. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2019 |
Tuan, "atas talian" atau "dalam talian", yang manakah betul? Minta penjelasan. | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi online ialah dalam talian. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=online. Frasa yang betul ialah dalam talian. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.04.2015 |
1.dalam talian betul atau atas talian betul? | Salam sejahtera, Penggunaan yang betul ialah dalam talian. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.10.2017 |
Salam, apakah terjemahan yang betul bagi istilah 'on-line'? Dalam talian atau atas talian?terima kasih.. | Terjemahan online dalam bahasa Melayu ialah dalam talian. | Istilah | 24.12.2012 |
Tukar "Outlet Hotline" dan "Hotline" kepada bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa. Boleh beri kami maksud Hotline dan Outlet Hotline dalam bahasa Melayu. | Padanan bahasa Melayu untuk "hotline" ialah talian penting atau talian khidmat pelanggan. Oleh itu, "outlet hotline" boleh ditukar kepada talian penting cawangan atau talian khidmat pelanggan cawangan. | Istilah | 21.10.2016 |
Salam, benarkah apa-apa yang berkaitan dengan internet akan disebut sebagai atas talian dan bukan dalam talian. Sekian, terima kasih. | Padanan bagi ‘online’ ialah dalam talian. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=online untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2015 |
Mana satukah yang betul? - Saya membeli baju ini di atas talian - Saya membeli baju ini atas talian - Saya membeli baju ini dalam talian | Saya membeli baju ini secara dalam talian | Tatabahasa | 19.12.2015 |
Chances To Learn KHA 7.02 PTG Salam.. Encik nak tanya. Pengunaan ayat yg betul A. Atas talian B. Dalam talian | Frasa yang betul ialah dalam talian. | Istilah | 24.08.2017 |