| Apakah kata ganti toolbox talk di dalam bahasa melayu untuk makluman maksud toolbox talk melalui carian internet adalah A Toolbox Talk is an informal safety meeting that focuses on safety topics related to the specific job, such as workplace hazards and safe work practices. Meetings are normally short in duration and are generally conducted at the job site prior to the commencement of a job or work shift. | Cadangan perkataan yang boleh digunakan ialah perbincangan keselamatan jika bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2019 |
| FINGER TALK MUSIC HOUSE SDN BHD | Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan sertakan gambar dalam bentuk jpeg atau gif. | Lain-lain | 06.04.2015 |
| Apakah padanan luncheon talk dalam bahasa Melayu | Saudara Mohidin, padanan luncheon talk dalam bahasa Melayu ialah ceramah makan tengah hari. Terima kasih. | Istilah | 15.01.2009 |
| Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. | Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : talk+tough">http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. Mohon puan memberikan konteks penggunaan frasa 'tough talking' seperti yang dikehendaki. Ini kerana tidak ada terjemahan langsung bagi frasa tersebut, di samping 'perkataan 'tough' membawa 5 maksud lateral mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan. Maksud 1: kuat, keras, tahan lasak; maksud 2: tahan lasak; maksud 3:ganas (manusia); maksud 4: tegas (manusia); dan maksud 5: susah, sukar.
| Makna | 27.09.2013 |
| Apakah terjemahan atau terma yang sesuai bagi menggantikan istilah 'executive talk'? Bagi kegunaan rasmi dan pengendalian majlis, apakah terma yang sesuai bagi menerangkan sesi dialog yang melibatkan interaksi dua hala? Terma tersebut ingin saya masukkan dalam atur cara program/majlis. Terima kasih. | Istilah executive talk tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk talk ialah wacana atau ceramah. Cadangan istilah untuk executive talk ialah wacana eksekutif. Dalam Kamus Dewan, wacana bermaksud perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Dialog pula bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. | Istilah | 18.03.2011 |
| Saya ingin bertanya jika ada istilah dalam bidang psikologi self talk? Saya ingin mencadangkan BICARA KENDIRI. Segala perhatian dan cadangan amat saya hargai. | Kami mencadangkan "self talk" diterjemahkan sebagai "bicara diri", "bicara sendiri" atau "bicara kendiri". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.03.2022 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan serta maksud bagi ‘the left’ dan ‘the right’ dalam politik? Contoh ayat: In political matters, people talk of ‘the left’ and the ‘the right’. Terima kasih. | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun untuk membantu saudara menterjemah, disenaraikan dapatan daripada sumber kami yang boleh membantu saudara untuk menterjemah frasa yang tersebut. Kamus Inggeris - Melayu Dewan, menterjemahkan perkataan left dan right kepada kiri dan kanan. Dalam Kamus Dewan, perkataan kiri boleh membawa beberapa makna termasuklah kiasan kepada perkara yang kurang baik dan cenderung ke arah fahaman komunis atau sosialis. Manakala kanan boleh juga membawa maksud yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
| Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan kepada soalan saya sebelum ini. Soalan hari ini. Saya sedang menulis satu kertas kerja pelaksanaan yang isi kandungannya tentang "mengadakan satu perbincangan /roundtable talk dengan pelbagai agensi daripada kpm, industri , ipta dan agensi/kementerian yang ada peruntukan bantuan atau tabung untuk usahawan. objektifnya adalah untuk mengadakan satu kerjasama agar para pelajar lepasan kolej vokasional diberi ruang untuk terus diambil bekerja di industri berkaitan, atau boleh terus melanjutkan pelajaran dan akhirnya jika mereka ingin jadi usahawan, ada quota dalam tabung usahawan sedia ada untuk buat pinjaman. Semua ini tertakluk kepada kelayakan yang juga akan dibincangkan. Saya beri tajuk DIALOG INTEGRASI HALA TUJU DAN LALUAN KERJAYA DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL tetapi ditegur seperti tidak menepati apa yang ingin disampaikan. Atau adakah perkataan integrasi itu yang tidak sesuai? Pohon pencerahan dan cadangan. terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian dan lain-lain) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Tajuk yang dicadangkan daripada dua ayat iaitu, (1) Integrasi Hala Tuju dalam Pendidikan Vokasional; dan (2) Integrasi Laluan Kerjaya dalam Pendidikan Vokasional. Ayat (1) boleh difahami sebagai penggabungan matlamat atau sasaran pelbagai agensi seperti KPM, industri, IPTA dan kementerian yang mempunyai tabung usahawan yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional. Ayat (2) boleh difahami sebagai penggabungan Laluan Kerjaya dalam agensi seperti KPM, industri, IPTA dan kementerian yang mempunyai tabung usahawan yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional. Jelasnya, ayat (1) relevan dan boleh dicapai, manakala berbeza dengan makna ayat (2) ...penggabungan laluan kerjaya yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional di pelbagai agensi. DBP mencadangkan tajuk yang lebih umum, iaitu DIALOG HALA TUJU DAN LALUAN KERJAYA DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL. | Makna | 05.03.2014 |
| Inquiry on Event Planning for Corporate Client Dear DBP, My name is Mira Osman, and I am from the Operations team at Engage Life - a corporate wellness & engagement service provider. We would like to explore the possibility of partnering with you to arrange a Bahasa Day for one of our clients. The details are as follows: Date & time: TBC Agenda: To plan on games / challenges / quizzes / learning stations / talk / workshop that related to Bahasa Could you kindly provide us with a quotation for the event, fees, and any other relevant charges? Looking forward to your response! Thank you. Regards, Mira Osman Operations & Client Relationship Executive Engage Life Mobile: +60193405587 | Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghantarkan surat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. | Lain-lain | 14.03.2025 |