tamadun | tamadun | Ejaan | 22.06.2011 |
Esei mengenai peranan tamadun Melayu Islam dalam pembinaan di Tamadun Malaysia dan cabarannya | Esei bertemakan tamadun Islam di Malaysia terkandung dalam jurnal Tamadun Islam Di Malaysia terbitan Persatuan Sejarah Malaysia dan buku-buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Sila berhubung dengan pihak berkenaan. | Lain-lain | 14.01.2008 |
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah. | Ejaan | 13.12.2011 |
apakah erti tamadun | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Makna | 08.01.2010 |
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang? | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.
| Lain-lain | 11.07.2009 |
APAKAH ERTI TAMADUN ISLAM? ATAU, APAKAH ERTI TAMADUN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun ialah 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Istilah | 11.12.2009 |
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ILMU YANG DIKUASAI ORANG ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI | Sila rujuk bahan ini : Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia Mustafa Daud Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2002 . Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 1 Hodgson, Marshall G. S. Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2 . Pengenalan tamadun Islam di Malaysia Abdullah Jusuh Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1989 | Lain-lain | 17.09.2007 |
Salam, saya ingin tahu tentang penggunaan perkataan tamadun. adakah ia merujuk kepada zaman dahulu sahaja atau boleh juga digunakan pada masa kini? contohnya tamadun kelantan. adakah ianya sesuai untuk menceritakan tentang perkembangan negeri kelantan sekarang? | Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi. Tidak ada pengkhususan untuk zaman dahulu atau pada masa kini. | Makna | 25.06.2012 |
assalamualaikum . . . .apakah perbezaan di antara peradaban dengan tamadun? | Peradaban sama maksudnya dengan tamadun, iaitu keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peradaban. | Makna | 09.04.2013 |
INGIN MENCARI MAKLUMAT BERKENAAN TAMADUN INDIA | Terima kasih atas soalan anda. Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP mempunyai beberapa buah buku berkisar tentang Tamadun India. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dan seterusnya boleh membuat rujukan, penyelidikan dan pinjaman bahan. | Lain-lain | 16.05.2010 |