Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, bere­hat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bunga­an); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka per­pustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tem­pat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm pepe­rangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pe­ng­­in­dahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Harum semerbak di dalam taman;
Besar sungguh hajat di hati,
     Untuk menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
     jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Bermaksud :

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan?Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian.Ejaan31.05.2012
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih.Jawapan yang betul:
a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas
b. Taman Industri Gambang
c.  Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Istilah11.02.2014
Salam. A) Ibu menanam bunga di taman. Ibu menanam pokok bunga di taman. Ibu menyiram bunga di taman. Ibu menyiram pokok bunga di taman. Manakah ayat yang tepat? B) Ibu tanam sayur di kebun. Bolehkah guna " tanam " dalam ayat?Ayat yang betul ialah   1). Ibu menanam pokok bunga di taman; 2). Ibu menyiram pokok bunga di taman. 3). Ibu menanam sayur di kebun. (kata kerja  "taman"  mendapat awalan meN- iaitu "menanam"  yang membawa maksud melakukan sesuatu)
(
Tatabahasa20.09.2020
Taman Ria DisneyView Profile Actions 2:49PM Taman Ria Disney Taman Salam. Saya masih kurang faham dengan penggunaan 'dalam kalangan' dan 'di kalangan'. Menurut laman web DBP, kedua-duanya boleh diterima pakai. Namun ada juga komen yang mengatakan 'dalam kalangan' lebih tepat dari segi penggunaannya. Harap bantu. Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Moga ia membantu anda untuk memahaminya.Tatabahasa16.06.2016
Taman Eko Rimba atau Taman Ekorimba?Ejaan yang betul ialah Taman Ekorimba.Ejaan08.01.2025
Taman Kanak-kanak atau taman kanak-kanakFrasa dan ejaan yang betul ialah "taman permainan kanak-kanak".Tatabahasa14.06.2011
Hutan Taman Eko Rimba atau Hutan Taman Ekorimba?Ejaan yang betul ialah Hutan Taman EkorimbaEjaan06.01.2025
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Apakah padanan untuk "flowerbed" atau "flower bed" yang merujuk kepada kawasan tanaman bunga di keliling air pancut atau taman-taman bunga. terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah flower-bed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah02.08.2023
Kami sedang membuat "edible garden" - ada sayuran dan buahan yang boleh dimakan. Apa perkataan sesuai untuk taman tersebut dalam BM? Laman sayur? tak sesuai, sebab ada buah bukan sayur. Taman dapur? ok tapi kwsn tu besar 15mx15m Taman makanan? tak sesuai Harap dapat menolong. TKCadangan kami Taman/Laman Buah-buahan dan Sayur-sayuran atau Taman/Laman Sihat.Lain-lain09.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas