Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bah] | تمبه

Definisi : 1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila di­kembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadi­kan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, di­jum­lahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah se­­orang wanita yg kasar dan garang; ~ sen­tara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurang­an; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk mem­bantu melainkan menambah­kan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu menga­rang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (me­ngimbuh, menambah) pd: ~ apa yg ku­rang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bah] | تمبه

Definisi : sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, lebih besar dll; tokok; imbuh: Utk pesanan luar negara, berapa ringgit ~nya?. minta ~ minta supaya diberi lebih banyak lagi. bertambah 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. menambah 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. menambahi memberi tambah pd; menjadi sbg tam­bah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. menambahkan menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. tam­bahan sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. pertambahan perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. penambahan perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. penambah 1 sesuatu yg digunakan utk menambah. 2 imbuhan spt ber-, ter-, -kan yg ditambahkan pd sesuatu kata akar (kata dasar). 3 angka yg dicampurkan pd angka lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya nak mandi tambatan banyak,
     Tambah pula ada buaya;
Saya nak berbini hutang banyak,
     Tambah pula hina dina.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih.Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi.

Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya.

Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga  yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku.
Tatabahasa05.03.2013
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih.Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi.Tatabahasa08.07.2008
A+ dibaca A tambah atau A campur ?Tambah atau campur, kedua-duanya betul tetapi lazimnya kita menggunakan A campur, B campur dan sebagainya.Tatabahasa11.07.2012
Apakah ejaan yang betul, tambah sentara atau tambahsentara?Ejaan yang betul ialah tambah sentara.Ejaan03.12.2012
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ?Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik.Ejaan05.09.2010
1)Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.(Ayat ini kena tambah "tetapi" atau tidak perlu?) 2)Dia teringat (pada/akan) ibunya.(perkataan "pada" atau "akan" yang tepat?Atau dua-dua pun betul?)1) Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.
-sudah gramatis. Tidak perlu letak "tetapi'.

2)Dia teringat akan ibunya.

Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

Tatabahasa07.09.2012
Penggunaan istilah anti- bilakah (anti+kata nama) perlu didekatkan,dan bilakah perlu tambah sempang di tengahnya?Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi.Ejaan02.03.2012
Slm. Berikut adalah soalan yang ingin saya kemukakan: 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan?(ayat ini gramatis atau tidak-perlu tambah nyatakan tiga cara bagaimana...?) 2)Apakah yang dibenci Tuhan dalam sajak ini?(dibenci Tuhan atau dibenci oleh Tuhan?) 3)Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta anda kepada Tuhan?(betulkah ayat ini?) 4)Sekiranya anda seorang pemimpin,apakah ciri-ciri kepimpinan anda yang anda harap diteladani rakyat(betulkah ayat ni?) 5)Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan,bagaimanakah boleh anada mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab?(betulkah ayt ini?) Tq ;)

Ayat yang gramatis ialah;

1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan?  

2) Apakah yang dibenci Tuhan/oleh Tuhan dalam sajak ini?

3) Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta kepada Tuhan?

4) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harapkan diteladani oleh rakyat.

5) Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan, bagaimanakah anda mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab?

Tatabahasa10.11.2010
untuk mendapat kan pengesahan mengenai perkataan "ditambahbaik". Adkah perkataan ini wujud dalam kamus dewan?
  • tambah baik; bertambah baik

    menjadi semakin baik;
Contoh berimbuhan 'di' (pasif) tidak akan dijadikan contoh di dalam kamus. Entri di atas diambil daripada Kamus Dewan Edisi Ke-4.
Lain-lain14.08.2009
123

Kembali ke atas