Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih-lebih lagi, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah frasa Tambahan lagi/Malah/Malahan digunakan sebagai penanda wacana dalam karangan? atau lebih sesuai digunakan pada bahagian tengah-tengah ayat? tq

Saudara Yew,

Penggunaan frasa tambahan lagi, malah atau malahan merupakan penanda penghubung, iaitu penghubung tambahan yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Oleh itu, ia boleh digunakan bergantung pada struktur ayat yang dibina. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.

Tatabahasa09.02.2010
Salam, saya nak tanya sama ada kata-kata berikut boleh digunakan di permulaan ayat sebagai penanda wacana? 1. Biarpun 2. Malah 3. Namun 4. Tambahan lagi 5. Namun Itu Dalam keadaan menterjemahkan perkataan 'even' pada permulaan ayat, bolehkah Tuan berikan cadangan padanan yang sesuai dalam BM? Contoh: Many of the good things related to Moon Festival have become part of the Malaysian cultures. Even those who are not Chinese may be familiar with Moon Festival.Kata hubung seperti biarpun dan malah boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya.Tatabahasa24.02.2014
Saya ingin mengetahui penggunaan kata "justeru". Adakah justeru sama maksud dengan "oleh itu" atau tambahan lagi? Bolehkan perkataan justeru digunakan di awal ayat? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Boleh digunakan pada permulaan ayat.Tatabahasa09.05.2010
Tolong jelaskan tentang penggunaan kata "lagi' dalam ayat. Yang manakah betul 1. Cikgu memarahinya lagi kerana tidak hadir kelas tambahan. 2. Cikgu memarahi dia kerana tidak hadir kelas tambahan lagi. Terima kasih.

Lagi dalam ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya betul.

Tatabahasa23.05.2010
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain?Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan.Tatabahasa13.10.2008
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud  1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.

Istilah06.11.2009
“sementelahan itu”betul tak? ribuan terima kasihPerkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi.  Tidak perlu ditambah dengan perkataan "itu".Istilah20.06.2016
“Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.” Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah “sementelahan” sahaja tanpa “pula”?Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah.Tatabahasa23.02.2009
bolehkan kata klasik seperti sementelahan dan marcapada digunakan dalam karangan pmr/spm? kalau tidak, apakah penanda wacana yang sesuai untuk menggantikanny?Kedua-dua perkataan ini masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun perkataan lain yang boleh digunakan ialah 1. marcapada- dunia sekarang ini 2. sementelahan- lebih-lebih lagi,tambahan pula,apalagi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Tatabahasa03.02.2009
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui senarai penanda wacana isi baharu untuk ditulis dalam karangan. Bolehkah perkataan seperti 'tambahan pula, di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi, sebaliknya' digunakan dihadapan ayat?Adakah perkataan tersebut penanda wacana ataupun kata hubung?Penanda wacana jenis penghubung tambahan ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 526-527.Tatabahasa22.07.2013
1234

Kembali ke atas