Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : I lubang yg digali utk mengambil hasil bumi (emas, bijih timah, minyak, dll), lomĀ­bong; ~ besi lombong besi; ~ emas lomĀ­bong emas; barang-barang ~ bahan galian dr bumi (besi, emas, arang batu, dll); menambang menggali hasil bumi dr tanah, melombong (bahan tambang); pertambangan segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lubang yg digali utk mencari emas, bijih timah, minyak dll; lombong: ~ besi; ~ emas. menambang menggali hasil bumi (spt emas) dr tanah; melombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definisi/maksud pengangkutan awam menurut kamus dewan.Sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Makna04.04.2013
apa makna perkataan catar ? Perkataan catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan tetapi acap digunakan seperti bas catar.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, chartered diterjemahkaan sebagai dicater (disewa). Contoh: Chartered freight - tambang-muatan cater (istilah undang-undang). Chartered bus. Bas yang dicater.Makna09.05.2011
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli

Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang;

Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);

Makna21.04.2009

Kembali ke atas