Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pan] | تمڤن

Definisi : 1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; po­tong­­an badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawa­kan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ se­orang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gela­gat­nya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh diper­cayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : menampan menahan (perjalanan, aliran, pergerakan sesuatu), menghalang, menyekat; tertampan tertahan, tersekat, terhalang; penampan sesuatu yg menampan, penahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : ® tetampan I, penampan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : I 1 elok rupanya atau elok sikap­nya; kacak; segak: Potongan badan­nya cukup ~. 2 sesuai benar; layak; cocok: Beliau ~ menjadi tentera. Tiada ~ dia berlakon sbg ibu. menampan 1 mencuba-cuba pakaian dll. 2 menghias diri, rumah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : ; menampan menahan pergerakan atau aliran sesuatu; menye­kat; menghalang. tertampan tertahan atau tersekat pergerakannya; terhalang. penampan sesuatu yg menampan; penahan; penyekat; penghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampan (adjektif)
1. Bersinonim dengan segak: cantik, lawa, jelita, rupawan, juita, kacak, molek, ranggi, anggun, manis, menarik, indah, elok, ayu, bergaya, berupa, mongel, gambang, kirana, laksemi, jambu, jombang, apas,
Berantonim dengan hodoh

2. Bersinonim dengan layak: cocok, sesuai, padan, patut, kena, pantas, cekap,

Kata Terbitan : tampannya, tampan-tampannya, ketampanan,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih.Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Tatabahasa30.09.2021
Salam sejahtera. Minta pencerahan tuan: adakah perkataan "Anggun" Hanya digunakan utk perempuan shj? Sebab setelah merujuki kamus Dewan, saya mdpti "Anggun" membawa maksud elok, tampan. Jadi, blhkah ayat berikut diterima? Cth: Abang saya kelihatan anggun apabila memakai pakaian seragam bomba. Betul @ salah? Mengapa? Terima kasih.Betul, seperti yang dimaklumi penggunaan kata anggun tidak dikhususkan jantinanya, hanya perkataan ini sering dikaitkan dengan wanita.Tatabahasa10.08.2016
Selamat sejahtera. Saya difahamkan bahawa kata ganti nama “ia” tidak boleh digunakan untuk binatang. Bagaimana pula dengan penulisan buku cerita kanak-kanak yang menampilkan haiwan yang diberikan ciri manusia (personifikasi)? Adakah penggunaan kata ganti nama “ia” dibenarkan, atau lebih sesuai menggunakan “dia”? Contoh: Hatan ialah seekor burung enggang yang sangat tampan. Dia/Ia tinggal di Hutan Rumba. (Tanpa menggunakan ayat: Hatan tinggal di Hutan Rumba)

Kata ganti nama “ia” dan “dia” digunakan untuk merujuk manusia. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), “ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga dan “ia” juga merujuk kata ganti nama bukan manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan “ia” dibenarkan dalam cerita haiwan disebabkan binatang boleh berkata-kata seperti manusia.  


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 796, buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 87 dan buku Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata (DBP, 2017).


Tatabahasa11.02.2026

Kembali ke atas