Salam sejahtera. Minta pencerahan tuan: adakah perkataan "Anggun" Hanya digunakan utk perempuan shj? Sebab setelah merujuki kamus Dewan, saya mdpti "Anggun" membawa maksud elok, tampan. Jadi, blhkah ayat berikut diterima? Cth: Abang saya kelihatan anggun apabila memakai pakaian seragam bomba. Betul @ salah? Mengapa? Terima kasih. | Betul, seperti yang dimaklumi penggunaan kata anggun tidak dikhususkan jantinanya, hanya perkataan ini sering dikaitkan dengan wanita. | Tatabahasa | 10.08.2016 |