1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya. | 1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan 2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul. 4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan | Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama. | Lain-lain | 03.02.2011 |
Assalamualaikum tuan/ puan, Setahu saya gelaran Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas. Bagaimanapun saya keliru untuk menggunakan pada dialog. Sama ada pangkala awalan itu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri," kata Dian. Tan Sri atau tan sri? Sebab tiada nama selepas perkataan tan sri itu Harap pihak tuan/ puan dpt membantu kekeliruan ini. Terima kasih. | Nama gelar Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin adalah merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar. Contoh penulisan nama gelar Tan Sri dalam ayat ini betul, "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri", kata Dian. | Ejaan | 21.08.2017 |
SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA. | Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu saya | Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih. | 1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan." 2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran." | Tatabahasa | 02.03.2020 |
Salam Sejahtera, Mohon penjelasan terjemahan yang betul bagi pengukuran berat 'TONNE' samada menggunakan 'TAN' sahaja atau 'METRIK TAN'. Terima kasih. | Berdasarkan istilah yang dirujuk, jawapannya ialah tan. | Istilah | 16.02.2009 |
Jiahui Tan Sep 29th, 7:37pm TRACKING BACK MAGAZAINES FOR 3 CONSECUTIVE 3 MONTHS I am Tan Jia Hui with I/C number 981015-04-5334.The purpose that I wrote this e-mail is to complaint regarding the delay service of your company on my subscription of Dewan Siswa magazines 2. In this e-mail, I am going to quote my anger and disappointed towards ypur company 's service and I had been faced the problem of receiving the magazines for 3 consecutive which is frrom July till September 2014. This type of trouble had been faced for several times, and this has reflected how low the efficiency of your company is in delivery service. 3. I had been took sufficient effort trace back all the delay magazines by via email or even by calling your company's contact for quite lots of times , but unfortunately it turned up . Nobody answered or even replied the call or email .This show that how inresponsible your company is. 4. I hope you can settle or handle this level of problems immediately and give a responsible explanation for me through on call at the number 014-7321098. Or else, I will take legal action towards your company on my customer's sight to get the adequate compensation and all the delay magazines. Hope to hear from you as soon as possible to avoid uncessary problems. Thank you! | Salam Sejahtera Cik Tan Jia Hui, Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada majalah terbitan DBP. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada pihak Cik Tan dan pelanggan yang lain. Kami amat prihatin terhadap segala aduan yang dikemukakan terhadap penerbitan majalah DBP. Kami berharap agar masalah ini tidak menjejaskan sokongan dan minat pelanggan kepada majalah terbitan DBP. Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan urusan langganan majalah, sila hubungi Puan Azah Wahab melalui talian 03-89611834 atau 03-89611836. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.09.2014 |
Yang mana betul : 1. Dia adalah anak keempat Encik Tan. 2. Dia ialah anak keempat Encik Tan. Mengapa? Terima kasih. | Iialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Oleh itu, ayat yang betul - Dia ialah anak keempat Encik Tan. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | Lain-lain | 15.11.2010 |