Assalamualaikum Ejaan sebenar tanah suci/tanah haram atau Tanah Suci/Tanah Haram? Dalam kamus dewan edisi keempat sendiri terdapat 2 versi ini. Penggunaan huruf kecil "tanah suci" pada entri manakala dalam contoh ayat yang dikemukakan digunakan huruf besar "Tanah Suci/Tanah Haram. Antara kedua-duanya, yang manakah LEBIH TEPAT? Terima kasih. | 1. Frasa "tanah suci" dan "tanah haram" ialah kata nama umum dan dieja dengan huruf kecil. Dari segi semantik, boleh jadi di mana-mana sahaja tempatnya, mengikut kepercayaan agama masing-masing. 2. Frasa tersebut menjadi kata nama khas apabila merujuk satu tempat yang tertentu seperti Mekah/Makkah, Palestin dan sebagainya. Apabila kata tersebut menjadi kata nama khas maka ejaannya berhuruf besar pada huruf pertama kata tersebut (seperti ini; Mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci). Sila rujuk kamus DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 27.05.2024 |
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' . | Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas. | Makna | 10.05.2007 |
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). | 1. Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Ejaan Hartanah atau Harta Tanah? | Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian); Hartanah juga bermaksud harta tanah. Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
| Lain-lain | 08.08.2022 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'sultanate land' mengikut konteks tanah sama ada 'tanah kesultanan' atau 'tanah sultan'? Contoh ayat seperti yang berikut: "Any law relating to sultanate land". | Salam sejahtera, Saudari, padanan yang sesuai bagi perkataan "sultanate land" ialah tanah kesultanan. | Makna | 17.07.2020 |
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama. | Mohon maaf. Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul: Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur. | Lain-lain | 17.07.2018 |
assalamualaikum.saya ingin bertanya kepada pihak anda apakah yang dimaksudkan dengan tanah bencah? | Tanah bencah dimaksudkan sebagai tanah yg berlumpur atau berpaya. Contohnya seperti sawah padi. | Makna | 17.10.2007 |
1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih. | 1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping. 2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah. 3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah. | Tatabahasa | 10.10.2017 |
land clearing (lombong) | Pemugaran Tanah /Pembersihan Tanah | Istilah | 13.01.2011 |
Nama Cameron Highlands sudah ditukar secara rasmi menjadi Tanah Tinggi Cameron atau tidak? Cameron Highlands = Tanah Tinggi Cameron Genting Highlands = Tanah Tinggi Genting Nama khas yang mana harus digunakan? | Tidak ada pewartaan tentang pertukaran nama tempat daripada Cameron Highlands kepada Tanah Tinggi Cameron dan Genting Highlands kepada Tanah Tinggi Genting. Walau bagaimanpun terdapat kecenderungan sebilangan penulis menggunakan padanan nama, iaitu Tanah Tinggi Cameron bagi merujuk Cameron Highlands. | Istilah | 06.10.2015 |