Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
Yang manakah lebih tepat antara 3 ayat berikut: 1. Tanah itu dibajai oleh Ali 2. Tanah itu dibaja oleh Ali 3. Tanah itu dibajai Ali Adakah perkataan yang menggunakan apitan 'di......i' boleh disertai Kata Sendi nama 'oleh' selepas kata kerja pasif?Ketiga-tiga ayat tersebut betul penggunaan ayat pasif. Kata sendi nama "oleh" digunakan selepas kata kerja pasif. Namun, "oleh" boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga di halaman 209 dan 491 untuk keterangan lebih lanjut.Tatabahasa10.02.2013
1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih.
1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping.
2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah.
3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah.
Tatabahasa10.10.2017
1. makan angin di Tanah Tinggi Cameron 2. makan angin ke Tanah Tinggi Cameron Ayat manakah yang betul?Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang lebih tepat ialah "makan angin ke Tanah Tinggi Cameron."Tatabahasa16.03.2013
salam.. saya ingin tahu peribahasa yg mana satu yg betul. 1- seperti belanda mendapat tanah 2- seperti belanda meminta tanah tqYang betul ialah bagai Belanda minta tanahLain-lain06.04.2008
Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke atas Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. 2. Jalan untuk ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa? Apakah ayat yang betul untuk menyampaikan maksud yang sama seperti di atas. terima kasih :)Ayat yang gramatis ialah "Jalan menuju ke Tanah Cameron Hinghlands berbengkang-bengkok.Tatabahasa04.04.2018
apakah yg dimaksudkan dgn humaMaksud huma menurut Kamus Dewan Edisi Empat: 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya)Makna25.07.2007
Apakah terjemahan bagi yang berikut: 1. Landed Property 2. Non Landed Property Terima kasih1. Harta Tanah
2. Harta Tanpa Tanah
Penyemakan dan penterjemahan12.10.2018
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua.1) Antara kesan  tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.

2) Maksud perkataan uzur adalah tua.
Tatabahasa14.03.2018
Tuan, kata sendi nama "terhadap", "di atas" atau "ke atas" patut digunakan dalam ayat di bawah? 1. (a) Saya menyembur baja terhadap tanah. (b) Saya menyembur baja di atas tanah. (c) Saya menyembur baja ke atas tanah. Tuan, jangan terus salahkan penggunaan kata sendi nama "terhadap", kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan, "terhadap" boleh digunakan untuk benda konkrit. "Tanah" ialah sejenis benda konkrit, tetapi "tanah" ialah sejenis tempat", jadi "di atas" dan "ke atas" lebih sesuai pada pandangan saya. Apakah pandangan tuan? Minta sertakan penerangan tuan juga. Terima kasih.Kami berpandangan frasa yang betul ialah "ke atas" dan "di atas". Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata arah yang didahului kata sendi nama digunakan apabila menunjukkan hala atau jurusan.Tatabahasa04.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas