Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat-ayat berikut betul atau salah? (i) Arun menanam biji benih di tanah. (ii) Arun menanam biji benih di atas tanah. (iii) Arun menanam biji benih di dalam tanah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Arun menanam biji benih di dalam tanahTatabahasa21.10.2021
I Dia yang menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air. II Dari hari ke sehari dia kelihatan semakin kurus. apakah kesalahan tatabahasa bagi kedua-dua soalan di atas? terima kasih

I. Dalam ayat tersebut, 'yang' tidak perlu dan ayat yang betulnya ialah 'Dia menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air.' II. Dari hari ke hari dia kelihatan semakin kurus. Harap maklum.

Tatabahasa05.06.2008
Adakah tanah runtuh merupakan kata majmuk?

"Tanah runtuh" ialah kata majmuk. Kata majmuk merupakan bentuk kata yang wujud, apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Makna kedua-dua perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

i. Tanah - permukaan bumi

ii. Runtuh - jatuh atau roboh

Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, maka wujudnya kata majmuk,  "tanah runtuh", iaitu merujuk kepada fenomena geologi yang melibatkan tanah atau batuan runtuh dari cerun atau kawasan tinggi – satu makna yang khusus, berbeza daripada makna perkataan asal secara berasingan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga  (DBP, 2015), halaman 48 - 49.

Tatabahasa06.09.2025
Adakah ayat di bawah betul? Sekiranya ayat tersebut betul atau salah saya minta tuan terangkan sebab ayat : i. Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali. ii. Lampu pelita minyak tanah itu tertutup apabila ditiup angin.

i. Ayat "Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali" betul kerana kata penguat bebas, iaitu amat,sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan.

ii. Ayat yang betul " Pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin"

Tatabahasa08.08.2011
(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. Soalan: Mengikut jawaban buku, penggunaan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat di atas adalah salah. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat itu.Untuk makluman, lembah bermaksud:
 
1. Tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai).
2. (Kiasan) jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina, berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan tanah).

Berdasarkan maksud lembah tersebut, ayat yang tuan/puan kemukakan tidak ada kesalahan jika perkataan lembah digunakan.

(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu.
(ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu.

Makna02.11.2015
I) Cuaca hari itu redup dan suram kerana hendak hujan. II) Kakak pulang dari tempat kerja dengan wajah yang suram. III) Suasana di tanah perkuburan itu kelihatan suram sekali. IV) Adik berasa suram kerana permainannya yang baru dibeli oleh ayah telah hilang. (Yang manakah ayat yang betul penggunaan perkataan 'suram')Keempat-empat ayat yang menggunakan perkataan suram boleh diterima. Ayat yang paling gramatis ialah ayat kedua dan ketiga.Tatabahasa23.07.2013
apakah maksud sakasaka I : pusaka.
saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun.
saka III : tidak subur lagi (tanah), usang
saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll).
saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja.
Makna10.01.2013
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011"

Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.

Tatabahasa17.02.2011
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden

Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut:

i.    Tentang perjuangan kaum wanita.

ii.    Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya.

iii.   Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita.

iv.   Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air.

Sekian dan wassalam.

Lain-lain12.03.2009
soalan ini merujuk kepada kepada kata sendi ke dan kepada. saya ingin bertanya penggunaan penyataan berikut adalah benar atau salah, berserta alasannya. i. hingga ke masa kini ii. hingga kepada masa kini iii. hingga kiniUngkapan yang betul ialah hingga kini.  Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain dan  tidak boleh hadir secara berturutan. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. Penggunaan kata sendi nama kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.Tatabahasa08.08.2010
12

Kembali ke atas