apa lagi ada jenis mengenai topographical tanah selain dari bukit, rata. ada tak perkataan beralun dan apa ertinya | Beralun bermaksud berbentuk tinggi rendah spt ombak | Makna | 14.09.2007 |
beberapa buah bangunan di kawasan itu_______akibat daripada gempa bumi. A ranap B musnah C tumbang D hancur) tuan, jawaban ialah B, tetapi pada pandangan saya, A juga betul. Tuan, bagaimana dengan pendapat tuan tentang soalan ini. TQ | Mengikut Kamus Dewan, 'ranap' bermakna 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): Diberi contoh ranap akibat gempa bumi. 'Musnah' pula bermaksud ' binasa atau rosak semuanya'. Pada pendapat kami, kedua-dua perkataan iaitu 'ranap' dan 'musnah' adalah betul. Namun jika ditunjukkan dengan jelas gambar bangunan yang 'ranap' atau 'musnah' anda boleh memilih jawapan yang terbaik. | Makna | 22.08.2011 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |