penggunaan kata nama 'petani' 1) petani menanam sayur di kebun atau 2) pekebun menanam sayur di kebun kalau dua-dua pun boleh terima, jadi bagaimana nak bezakan dua jenis pekerjaan ini? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "petani" bermaksud orang yang pekerjaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), manakala "pekebun" pula ialah orang yang memiliki atau yang mengurus kebun. | Istilah | 18.05.2015 |
Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya. Ayat pasif ialah 1) Pokok bunga itu ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumahnya. Atau 2) Poko bunga itu dia tanam untuk menceriakan kawasan rumahnya. Terima kasih. | Ayat aktif: Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya. Ayat pasif: Pokok bunga itu ditanamnya untuk menceriakan kawasan rumahnya. | Tatabahasa | 26.11.2014 |
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih. | Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. | Tatabahasa | 07.03.2010 |