Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.na.man] | تانمن

Definisi : 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.na.man] | تانمن

Definisi : tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanaman

Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sokong membawa rebah.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada persoalan berkaitan istilah yang digunakan dalam pertanian atau tanaman makanan. Istilah manakah yang tepat untuk digunakan antara dua ini: media tanaman atau medium tanaman? Sama juga untuk media semaian atau medium semaian? Sekiranya dilihat maksud "media" digunakan dalam bidang komunikasi atau perhubungan. Medium pula dirujuk sebagai bahan yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Minta pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Istilah yang betul ialah medium tanaman dan medium semaian. Media tanaman merupakan istilah lama, manakala medium semaian memang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah02.06.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi? Sebab saya cari di carian umum tetapi tiada dalam rekod. Adakah ejaan saya salah?Menurut daripada istilah pertanian, ejaan yang betul ialah fertigasi yang bermaksud sayuran atau buah-buahan yang melibatkan pengairan titis, yang digabungkan dengan pemberian nutrien bersama-sama air yang dibekalkan kepada tanaman. Tanaman ini menggunakan pasu dengan media yang boleh menyimpan air seperti sabut kelapa atau gambut.Ejaan11.05.2020
Ayat yang manakah betul? A. Ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. B. Ibu menghiasi halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik.
Tatabahasa22.05.2017
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.
Tatabahasa14.10.2013
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali.

Saudara Waypenglee,

Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut:

i. subur  ii.  penuntut  iii.  sangat tenang sekali

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

 

 

 

Tatabahasa09.06.2009
Salam tuan di talian, Penggunaan perkataan banyak yang manakah dalam ayat contoh di bawah. 1. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang banyak mempunyai kegunaan kepada kita. atau 2. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Saya pendapat bahawa ayat 1 betul kerana mengikut hukum DM, perkataan lain tidak boleh disisipkan antara sesuatu perbuatan. Minta komen pihak tuan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita kerana kegunaan itu yang banyak bukannya mempunyai yang banyak.Tatabahasa19.06.2012
Banyak orang membeli hasil tanaman Encik Wong kerana buah-buahannya tumbuh subur.Adakah ayat ini betul?Ayat ini salah kerana "buah-buahan" tidak boleh "tumbuh subur". Hanya "pokok" atau "tanaman" sahaja yang boleh tumbuh subur.Tatabahasa10.11.2014
Perkataan 'menjadi' merupakan kata kerja tak transitif berpelengkap. Adakah betul ayat berikut walaupun tanpa pelengkap: - Tanaman padinya pada tahun ini begitu menjadi.Ayat 'Tanaman padinya pada tahun ini begitu menjadi' betul. Kata kerja tak transitif dalam ayat ini tidak memerlukan pelengkap kerana sudah mempunyai makna yang sempurna.   Tatabahasa13.03.2008
As'salam. Saya ingin bertanya tentang istilah yang digunakan untuk media tanaman yang dinamakan hidroton. Tapi bila merujuk kepada PRPM istilah tersebut tidak ada. Apakah istilah yang tepat?Istilah hidroton (dalam bidang pertanian) merupakan padanan yang betul untuk istilah bahasa Inggeris hydroton yang merujuk pada sejenis media tanaman.Istilah11.06.2018
Kelapa sawit merupakan tanaman _____ di negara itu. Isi tempat kosong di atas diisi dengan' kedua penting' ATAU 'kedua terpenting' ATAU kedua-duanya boleh diterima ? Terima kasih.Kedua penting atau kedua terpenting, kedua-dua frasa tersebut boleh menjadi jawapan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.09.2009
1234

Kembali ke atas